KEJAYAAN

Kejayaan

UMK MENANG ANUGERAH KHAS, 8 EMAS DAN 2 PERAK DI ITEX 2020

Produk Block Batik Pointillisme: Printing Block Innovation As An Approach To Sustain Its Heritage Value’ ciptaan staf Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) iaitu Encik Muhammad Najibul Muthiie Che Ya'acob berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas MTUN yang merupakan anugerah yang julung-julung kali diperkenalkan oleh ITEX online pada kali ini dan diberikan kepada penghasilan produk berasaskan TVET.

Sementara itu, tujuh pingat emas lain disumbangkan oleh penyelidik dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kasim menerusi projek OKU2u Agripreneur Builder, penyelidik Fakulti Industri dan Asas Tani (FIAT), Prof. Madya Dr. Seri Intan Mokhtar dengan projek Nutritional and Delicious Gummy From Natural Rambutan Vinegar, Ts. Dr. Maryana Mohamad Nor (FIAT) untuk projek iKENAF dan penyelidik dari Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi (FBKT), Dr. Mohamad Najmi Masri untuk projek Innovation Design of Sublimation Machine.

Turut menyumbang tiga emas dari Fakulti Sains Bumi iaitu Prof. Madya Dr. Aweng A/L Eh Rak menerusi projek A Novel Method for Hygienic Processing of Etak Salai (HYPES), Dr. Suganthi A/P Appalasamy untuk projekTermicide : Nano Anti Termite for Urban Household dan Encik Zulhazman Hamzah dengan projek TEA 4-G. Manakala dua pingat perak oleh penyelidik Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Dr. Wan Khairy Wan Ibrahim dengan projek RBWMART dan penyelidik FBKT, Dr. Mardawani Mohamad menerusi projek K-Biozyme: Integrated Design of Kenaf Processing and Recovery System.

Menurut Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi, Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman berkata, UMK telah menghantar 10 produk inovasi untuk ITEX 2020 yang telah diadakan secara atas talian menerusi platform media sosial Youtube. Katanya, pada ITEX 2020 kita berjaya memenangi lapan pingat emas dan 2 pingat perak serta menerima pengiktirafan Anugerah Khas MTUN menerusi produk Blok Batik.

“Ini merupakan sejarah buat UMK oleh kerana anugerah khas yang diperolehi adalah anugerah yang julung-julung kali diperkenalkan dan penerimanya adalah daripada staf pelaksana (staf pentadbiran). Ini membuktikan bahawa ekosistem RICE (Research, Innovation, Commercialization, Enterprise) yang diperkenalkan di UMK telah berjaya memberikan manfaat kepada staf di UMK. Inisiatif penawaran geran kepada staf pelaksana yang diperkenalkan oleh UMK juga iaitu geran ‘Nonacademician research for innovation and creativity enhancement’ (NICE) telah membantu staf pelaksana bagi menghasilkan pelbagai inovasi yang boleh memberikan manfaat kepada universiti, agensi, industri dan masyarakat.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UMK, Prof Ts Dr. Arham Abdullah berkata, pencapaian ini adalah satu komitmen penting pejabat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi untuk menjadikan produk penyelidikan universiti diiktiraf di peringkat antarabangsa. Beliau menyifatkan pencapaian pada kali ini adalah penyumbang kepada senarai ciptaan dan inovasi universiti, yang komited dengan memberi peluang kepada para penyelidik kearah pengkomersialan produk dan inovasi baharu untuk kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara.

"Pencapaian pada kali ini adalah kejayaan semua pihak yang terbabit menjayakannya khususnya terhadap komitmen untuk memartabatkan kecemerlangan universiti bagi mencapai kecemerlangan yang berterusan.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak terutamanya Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RMIC) dan semua penyelidik yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan ITEX 2020 pada tahun ini, katanya.

Sementara itu, En. Mohd. Najibul Muthiie yang mengulas kejayaan projek Blok Batik Pointillisme, berkata produk ini merupakan inovasi baharu Blok Batik yang fleksibel dan boleh mengubah bentuk motif dengan hanya menggunakan satu blok batik pointillisme sahaja.

Katanya, dengan penggunaan blok ini pembatik boleh menghasilkan pelbagai rekaan corak batik yang menarik dan lebih moden. “Lebih menarik ialah blok batik ini juga telah mengalihkan kebergantungan kepada kepakaran manusia dalam membuat blok batik kerana blok batik ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan mesin CNC laser.

“Teknik baharu dalam menghasilkan blok ini lebih menjimatkan masa dan kos pembuatan blok batik disamping menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha batik iaitu kesukaran untuk membuat tempahan blok disebabkan kurangnya individu yang mahir membuat blok,”katanya.

Tambahnya, blok batik Pointillisme ini telah memberi nafas baru kepada para pengusaha batik tempatan yang terdiri daripada syarikat-syarikat IKS bagi memasarkan produk mereka.

“Ini selaras dengan saranan kerajaan ke arah Revolusi Industri 4.0 dan menerusi projek blok batik ini yang masih menjalani proses R&D untuk beralih ke fasa seterusnya iaitu 'Automation Batik Block'. “Rekaan corak batik yang dihasilkan dalam komputer ditukar secara automatik kepada G-code dan dihantar terus kepada blok batik.

Inovasi ini dijangkan akan memberi impak besar kepada industri batik negara pada masa hadapan,” katanya.

menang anugerah2

Web Traffic

2.png8.png4.png9.png8.png2.png
Today317
Yesterday347
This week1233
This month6830
Total284982

Who Is Online

1
Online

2024-04-25

Search