KEJAYAAN

Kejayaan

UMK TERIMA ANUGERAH PERAK SEMPENA KONVENSYEN INOVASI ICQCC 2019 DI TOKYO

ICQCC 2019 adalah anugerah berprestij di peringkat antarabangsa bertemakan Creating A Brighter Future Through Total Quality Management and Quality Control Circle Activities telah dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Committee ICQCC 2019 Tokyo, Mr. Hidetsugu Otsuru.

Pengiktirafan itu sekaligus membanggakan Malaysia apabila ciptaan inovasi untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan aktiviti promosi yang berlaku membabitkan Bahagian Promosi di Bahagian Pentadbiran Akademik, Fakulti dan Pusat Komunikasi Korporat di UMK.

Menurut Ketua Kumpulan Medixin, En. Mohd Zulfadli Mat Hussin, kumpulan Medixin satu-satunya wakil tunggal UMK daripada 47 pasukan daripada kumpulan Team Excellence (TE) yang mewakili Malaysia mempamerkan projek inovasi mereka untuk bersaing dengan 352 kumpulan dari 15 negara iaitu Amerika Syarikat, Bangladesh, China, Filipina, Indonesia, India, Jepun, Korea, Mexico, Mauritius, Singapura, Thailand, Taiwan, United Kingdom dan Zambia.

Katanya, pelaksanaan projek Apps telefon pintar ini kumpulan Medixin telah berjaya menjimatkan kos sebanyak RM50,000.00 dalam tempoh setahun. Sebelum ini, aktiviti promosi UMK dilaksanakan secara tidak efektif yang membabitkan kos yang tinggi, penggunaan sumber manusia dan pembaziran masa.

“Pemilihan Kumpulan Medixin, Pejabat Pendaftar pada konvokesyen ini selepas meraih anugerah tiga bintang dan telah berjaya menduduki rangking kumpulan 20 teratas dalam Konvensyen Peringkat Kebangsaan (KIK) pada tahun 2018. Penyertaan Medixin pada kali ini merupakan penyertaan kali kedua dalam pentas seumpamanya,” katanya.

Pada konvesnyen ICQCC2019 itu, 36 kumpulan Team Excellence (TE) yang mewakili Malaysia berjaya meraih Anugerah Emas dengan merekodkan kos penjimatan sebanyak RM63 juta hasil dari projek inovasi mereka.

Penyertaan pasukan daripada Malaysia di ICQCC2019 yang dibawakan oleh penganjur daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah bertujuan mengukuhkan budaya kreativiti dan inovasi di sesebuah organisasi.

Menurut En Zulfadli, peluang menyertai konvensyen ini membolehkan peserta untuk mendapatkan lebih banyak idea inovatif melalui perkongsian kumpulan antarabangsa yang menyumbang kepada penjimatan kos.

Katanya, sasaran ICQCC pada tahun ini dapat mencapai matlamat iaitu menanda aras pencapaian projek Kecemerlangan Berpasukan atau Team Excellence.

Antara Universiti awam lain yang turut terpilih menyertai konvensyen ini adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknikal Melaka (UTEM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK
Foto I Pejabat Pendaftar UMK

Web Traffic

2.png8.png3.png2.png7.png8.png
Today284
Yesterday273
This week1629
This month5126
Total283278

Who Is Online

2
Online

2024-04-19

Search