KEJAYAAN

Kejayaan

PRODUK UMK RANGKUL EMPAT EMAS, TIGA PERAK, DUA GANGSA DAN TERIMA DUA ANUGERAH KHAS ITEX 2014

PRODUK inovasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya memenangi empat pingat emas, tiga perak dan dua gangsa pada pameran International Invention, Innovation and Technology Exhibition, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur, pada 8 hingga 10 Mei 2014.

10 Mei 2014 ITEX2014 2Lebih membanggakan, UMK turut menerima dua anugerah khas ITEX 2014 iaitu Award of Excellence (INPEX, USA) menerusi produk HM Anti Coagulant Agent, hasil penyelidikan pensyarah Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), En. Zulhisyam bin Abdul Kari@Abdullah.

 Beliau turut menerima sijil dan medal bagi kategori Biotechnology, Health and Fitness dengan inovasi produk kajian lintah bagi penghasilan protein (hidurin) sebagai alternatif dalam perubatan yang lebih selamat, halal dan lebih murah.

Selain tu, UMK turut merangkul emas dan mendapat anugerah khas Malaysia Innovative Product Malaysia 2014 menerusi projek kajian bertajuk Corm Nursery Technique For Mass Propagation of Banana Seedlings, oleh Pensyarah FIAT, Dr. Suhaimi bin Othman@ Osman).

 Projek kajian beliau ialah untuk membangunkan teknologi dan teknik pembiakbakaan bagi menghasilkan beribu-ribu anak pisang dalam masa singkat untuk membantu petani tempatan mengusahakan tanaman pisang secara komersil.

Pingat emas turut dimenangi oleh penyelidik daripada FIAT iaitu Puan Nik Nur Azwanida bin Yaacob dengan projek kajiannya, Anti Oxi Night Bloomimg Lips yang mengetengahkan kaedah menghasilkan barangan kosmetik berasaskan ekstrak daripada dragon fruits untuk kegunaan dalam bidang kosmetik.

Turut menyumbang emas ialah Pensyarah Fakulti Sains Bumi (FSB), En. Mazlan bin Mohamed dengan hasil penyelidikannya bertajuk Thermal Interface Material (TIM) Made Of Nano-Silver Composite Material With Silicon Elas Stomer.

Manakala, pingat perak pula menerusi projek penyelidikan untuk membangunkan Mobile Apps for Heritage Content (MAHC) oleh Pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW, En. Ahamad Tarmizi Bin Azizan.

Selain itu, dua pingat perak lain disumbangkan oleh Dekan Fakulti Sains Bumi (FSB), Y.Bhg. Prof. Dr. Razak bin Abd. Wahad menerusi kajian penyelidikan bertajuk Compressed Bio Composite Boards from Agriculture Water of Oil Palm Trunks dan Dr. Suhaimi bin Othman dengan projek kajiannya bertajuk Nupsys Nursery Propagation System For Mass Production of Quality Planting Materials.

Manakala bagi pingat gangsa telah dimenangi oleh Pereka FTKW, En. Muhammad Najibul Muthiie bin Che Yaacob dengan projek kajian bertajuk Portable Car Rain Shelter dan Pensyarah FSB, Dr. Mahani binti Yusoff, menerusi projek kajian Bio Food Waste Product.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Y.Bhg. Prof. Dr. Muhammad Kamal bin Hj. Harun, berkata, melalui ITEX 2014 telah meningkatkan peranan UMK sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam dalam perkembangan pembangunan penyelidikan di negara ini.

Beliau berkata, produk penyelidikan UMK semakin membangun dengan penghasilan produk-produk yang berkualiti serta menepati tahap piawaian dan boleh dikomersialkan berbanding di peringkat awal penglibatan UMK dalam bidang penyelidikan

“Di peringkat awal produk yang dihasilkan lebih kepada konsep produk namun melalui inovasi yang dilakukan oleh para penyelidik aplikasi produk yang dihasilkan semakin membangun dan berkembang maju serta mantap untuk lebih dekat kepada pasaran dan pengkomersialan.

“Harapan saya, produk-produk UMK boleh dikomersialkan dan mampu menarik pelabur-pelabur yang betul dan boleh digunakan di pasaran”

ITEX 2014 melibatkan penyertaan 1000 ciptaan daripada lebih 20 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Malaysia, China, Taiwan dan Jepun, dengan matlamatnya bukan sahaja untuk mempamerkan hasil kerja mereka tetapi juga mewujudkan rangkaian perniagaan dan komuniti pencipta dengan industri untuk tujuan ke arah mengkomersilkan hasil produk penyelidikan mereka

Selain itu , ITEX 2014 turut mengadakan Pameran Pereka Cipta Muda Malaysia ( MYIE ) 2014 dan Rekacipta Asia Young Pameran ( AYIE ) 2014, membabitkan peserta muda daripada usia 20 tahun ke bawah daripada pelbagai negara seperti Indonesia, Arab Saudi, Thailand, Vietnam, China, Filipina dan Taiwan.

10 Mei 2014 ITEX2014 3

10 Mei 2014 ITEX2014 4

 

Web Traffic

0.png6.png1.png2.png4.png
Today144
Yesterday177
This week1318
This month1903
Total6124

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search