KEJAYAAN

Kejayaan

SMART SENSOR BOLOT GANGSA DI INTERNATIONAL INNOVATION AND DESIGN IN LIBRARY & INFORMATION SCIENCE COMPETITION (INDELIB 2017)

PRODUK inovasi Smart Sensor yang dibangunkan oleh Kumpulan Legasi 19, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya meraih pingat gangsa dalam Kategori Inovasi peringkat Organisasi pada International Innovation And Design In Library & Information Science Competition (InDeLib 2017), di Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pertandingan InDeLiB 2017 diadakan bersempena Persidangan Perpustakaan Se-Malaysia 2017 bertemakan Continuous Innovation For Excellent adalah anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah.

Menurut Pustakawan Kanan PPI selaku Ketua Kumpulan Legasi 19, En. Amirul Firdaus Zilah, berkata, kejayaan melalui projek Smart Sensor yang berjaya meraih pingat gangsa daripada 68 projek inovasi yang dipertandingkan menjadi pemangkin kepada PPI dalam membangunkan produk digital kreatif serta teknologi.

Katanya, produk ini dibangunkan bagi menyelesaikan masalah kerosakan buku yang tinggi pada proses penghantaran bahan melalui mesin book drop yang menjadi punca utama masalah ini berlaku di perpustakaan UMK.

“Melalui kajian dan pemerhatian oleh kumpulan kami bahawa masalah ini telah mendapat perhatian dan teguran oleh pihak pengurusan dan tindakan segera perlu dilaksanakan.

“Alhamdullilah, isu ini berjaya ditanggani dengan cara terbaik kerana ianya melibatkan kos pembaikan dan pemulihan dan dengan kewujudan satu alat yang diberi nama Smart Sensor ini berjaya mempercepatkan proses kerja dan pihak pelanggan,” katanya.

Tambah beliau, penghasilan produk ini amat amat penting kerana dengan adanya alat pengesan ini akan menjimatkan masa dan tenaga kerja.

“Melalui inovasi ini dapat memberi manfaat kepada perpustakaan dalam meningkatkan lagi kerja dengan lebih efisyen dan cekap,” katanya.

Pada InDeLib 2017, sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Kategori Organisasi, Kategori Profesional, Penyelidik, Ahli Akademik, Kategori Pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Kategori Guru/Pelajar Sekolah.

Web Traffic

2.png8.png2.png3.png5.png6.png
Today316
Yesterday391
This week707
This month4204
Total282356

Who Is Online

1
Online

2024-04-16

Search