BACHOK 20 Julai 2022 I Pendaftar baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Encik Khairul Eruwan Bin Abdul Halim, memulakan tugas secara rasmi di Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, UMK Bachok, hari ini.
Beliau dilantik sebagai Pendaftar baharu berkuat kuasa 20 Julai 2022 hingga 19 Julai 2025 bagi menggantikan mantan Pendaftar, Puan Mazula Sabudin.
Beliau merupakan anak kelahiran Bukit Marak, Bachok, Kelantan, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Major Bahasa Malaysia dan Minor Sains Politik serta Pentadbiran Awam), Universiti Sains Malaysia (USM).
Sementara itu, sesi menandatangani nota serah terima tugas antara Puan Mazula dan En. Khairul Eruwan telah disaksikan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak, di Bilik Mesyuarat Senat, UMK Bachok.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhamad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Bendahari UMK, En. Mohd Yusri Awang, Penasihat Undang-Undang, Puan Noraini Idris dan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, En. Mohd Adzwan Kamaruzaman.
Pada majlis itu, Prof. Dr. Razli mengucapkan syabas dan tahniah kepada En. Khairul Eruwan di atas pelantikan tersebut dan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Mazula diatas segala sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan di UMK.
Beliau yakin dengan pengalaman luas En. Khairul Eruwan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran dapat membantu membawa visi dan misi UMK menjadi universiti keusahawanan yang lebih cemerlang.