"Justeru, sebagai penjawat awam sewajarnya kita perlu melaksanakan tanggungjawab itu dengan ikhlas, jujur dan amanah.
"Semua pihak juga perlu meningkatkan keilmuan serta profesionalisme dalam memastikan sistem tadbir urus yang baik di universiti untuk terus didokong bagi merealisasikan teras Universiti keusahawanan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Persaraan Bagi Persara Tahun 2022, di Bilik Seminar 1, UMK Bachok, hari ini.
Turut diadakan Majlis Sekalung Budi yang meraikan Puan Mazula Sabudin selaku Pendaftar UMK yang mengakhiri perkhidmatan pada 19 Julai 2022.
Sementara itu, majlis persaraan pada tahun ini meraikan empat pegawai iaitu Prof. Madya Dr. Ghazali Ahmad (Fakulti Hospitaliti, Pelancongan Dan Kesejahteraan) yang bersara wajib pada 4 Mei 2022 dan Prof. Dr. Jasni Sabri (Fakulti Perubatan Veterinar) yang bersara wajib pada 20 Julai 2022.
Manakala Puan Rubiah Hitam (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bersara wajib pada 20 Julai 2022 dan Cik Rozita Dollah (FHPK) yang bersara wajib pada 4 Mei 2022.
Majlis persaraan UMK merupakan suatu acara tahunan bagi meraikan para pesara sebagai tanda penghargaan atas segala khidmat bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan.