KEJAYAAN

Kejayaan

MOU KERJASAMA UMK DAN YAYASAN INOVASI MALAYSIA

1

Majlis pertukaran dokumen MoU itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan wakil YIM bersempena majlis pelancaran Program Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia Kampung Laut.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada  kerjasama UMK dan MOSTI untuk geran atau dana yang berpotensi tinggi dan beberapa bidang kerjasama pembangunan penyelidikan lain yang berkaitan oleh kedua-dua pihak.

Sementara itu, Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia  ini adalah yang keenam dibangunkan oleh MOSTI melalui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan sokongan Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan dan UMK.

Ia merupakan sebuah Hab Reka Cipta Sains, Teknologi dan Inovasi yang lengkap bagi menggarap idea kreatif dan inovatif dalam menangani isu-isu sosio-ekonomi serta komuniti setempat.

Pasukan UMK terlibat dalam memberikan latihan kepada komuniti terdiri dari Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pascasiswazah) Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan (FTKW) Prof. Madya. Ts. Dr. Tan Tse Guan, Pereka Kanan FTKW,  En. Muhammad Najibul Muthiie Che Yaacob dan  staf Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, En.Shahrul Afzan Ibrahim.

3

 

Kemudahan yang disediakan antaranya kursus Asas Rekabentuk dan Percetakan 3D, drone, programming dan video editing untuk komuniti mahir mengendalikan teknologi.

Ini merupakan usaha kerajaan dalam membudayakan STIE bagi melahirkan masyarakat yang berpengetahuan, berkemahiran, kreatif dan inovatif melalui pendekatan Quintuple Helix iaitu gabungan antara Kerajaan, industri, akademia, masyarakat dan alam sekitar.

4

Antara kemudahan yang disediakan di Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia di Kampung Laut ini ialah Sudut Inovasi yang memberi peluang kepada golongan B40 seperti ibu tunggal, belia dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) menerima latihan dan seterusnya menjana pendapatan isi rumah melalui modul latihan daripada UMK.

5

Web Traffic

2.png8.png5.png3.png9.png1.png
Today324
Yesterday402
This week1642
This month7239
Total285391

Who Is Online

2
Online

2024-04-26

Search