KEJAYAAN

Kejayaan

UMK DAN YAATIM JALIN KERJASAMA BANTU JANA PENDAPATAN DAN KEBAJIKAN RUMAH ANAK YATIM

 

BACHOK 3 Ogos 2022 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) menandatangani surat niat (LoI) bersama Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (YAATIM) di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori, UMK Bachok, hari ini.

 

Majlis menandatangani LoI telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak dan Pengerusi YAATIM, Dato' Dr. Haji Abdul Razak Haji Kechik bertujuan untuk membangunkan program serta aktiviti perniagaan bagi penjanaan sumber pendapatan rumah anak yatim.

Turut hadir, Pengarah Kanan Institut Keusahawanan (UMKEI), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Pengarah ISME Dr. Dzulkifli Mukhtar, Pengarah CUIC Dr. Sharizal Sobri dan Setiausaha/Ketua Eksekutif YAATIM, Tuan Haji Mukhtar Ismail.

m6

Menurut Dr. Dzulkifli, kerjasama itu untuk mengadakan kerjasama perundingan secara khidmat masyarakat antara UMK dengan YAATIM.

Beliau berkata, kerjasama sebegini menjadikan UMK sebagai sebuah entiti kerajaan yang bertanggungjawab dalam membantu pembangunan komuniti dibawah inisiatif UMK for Society.

"Seperti sedia maklum, kerjasama strategik antara UMK dengan YAATIM ini telah pun dimulakan dengan penganjuran bengkel Pemerkasaan Aktiviti Ekonomi dan Perniagaan YAATIM oleh ISME dan YAATIM bertempat di Dewan Arafah, Rumah Anak Yatim Puteri, Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa, pada 27 Julai 2022.

m3

"Bengkel sehari ini diadakan bertujuan untuk membantu YAATIM menyusun aktiviti ekonomi dan perniagaan bagi menambah pendapatan YAATIM sebagai sebuah institusi kebajikan yang berdikari,” katanya.

Menurut Dr. Dzulkifli, kerjasama itu juga dapat membangunkan program dan aktiviti untuk perancangan perniagaan serta peningkatan sumber ekonomi bagi rumah anak yatim.

"Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk melatih dan bertukar kepakaran antara staf UMK serta YAATIM bagi meningkatkan kompetensi pengurusan organisasi dan bekerjasama dalam penyediaan kertas permohonan geran bantuan (jika ada) daripada Kementerian, Agensi Kerajaaan dan pihak penyedia yang lain.

m4

"Melalui kerjasama itu, UMK juga sedia memberi kerjasama dan bimbingan untuk membangunkan projek pertanian bandar (urban farming) di atas tanah milik YAATIM. Pihak universiti bersedia dengan kepakaran kepada projek penanaman ini sebagai rujukan serta bimbingan dari aspek penanaman hingga ke peringkat pemasaran.

"UMK juga bersedia menjadi pemudahcara kepada pengurusan kedai YAATIM MART dalam aspek rundingan dan bimbingan,” katanya.

m2

Web Traffic

2.png8.png4.png7.png6.png8.png
Today103
Yesterday347
This week1019
This month6616
Total284768

Who Is Online

3
Online

2024-04-25

Search