KEJAYAAN

Kejayaan

UMK RANGKUL 122 PINGAT DAN MENANG ANUGERAH KHAS KATEGORI PRODUK TERBAIK DI CRI 2023

BACHOK, 30 Mei 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya meraih 40 pingat emas, 70 pingat perak dan 25 gangsa serta Anugerah Khas di Karnival Penyelidikan dan Inovasi (CRI) 2023 yang berlangsung secara virtual bermula pada 29 hingga 30 Mei 2023.

CRI 2023 anjuran Bahagian Komersialan Dan Harta Intelek (RMIC), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMK menerima sambutan dengan 198 penyertaan dari Universiti Awam (UA), Universiti Antarabangsa, Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti, sekolah dan agensi serta industri.

010623-03-02.jpg

Produk inovasi Smart 3 Wheel Bike: Technical Support for Disabled Entrepreneurs ciptaan oleh Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), merangkul Naib Johan Anugerah Terbaik dan Anugerah Terbaik Kategori Kluster Smart Technology and Systems.

Projek penyelidikan itu diketuai oleh Pensyarah Kanan FKP, Dr Nurhaiza Nordin bertujuan untuk membangunkan prototaip kepada usahawan Orang Kelainan Upaya (OKU) dimana Smart 3 Wheel Bike ini akan memberi kemudahan kepada OKU untuk menjalankan perniagaan.

010623-03-05.jpg

Sementara itu, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, CRI adalah platform untuk mempamerkan penyelidikan dan inovasi yang luar biasa oleh ahli akademi dan penyelidik.

Katanya, program seperti ini juga penting untuk mendedahkan kepentingan penyelidikan dan inovasi untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

“Saya percaya bahawa beberapa projek penyelidikan dan inovasi yang dibentangkan pada karnival ini mempunyai potensi pengkomersialan yang sangat besar. Selain itu, Karnival ini adalah satu batu loncatan untuk hasil ciptaan dan inovasi penyelidik supaya dapat disebarkan dan kemudian dikomersialkan.

“Lebih membanggakan CRI tahun ini telah berjaya menembusi penyertaan antarabangsa sekaligus membuktikan program ini mendapat pengiktirafan antarabangsa,” katanya.

010623-03-04.jpg

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah berkata, setiap hasil ciptaan dan inovasi yang telah dipamerkan adalah dari hasil usaha keras dan kesungguhan para penyelidik.

Justeru, karnival ini CRI adalah pentas meraikan usaha serta penat lelah yang telah di lalui oleh penyelidik dalam proses penghasilan sesuatu ciptaan dan inovasi. Usaha sebegini harus diraikan bagi memupuk semangat dan memotivasikan penyelidik untuk menghasilkan ciptaan hebat di masa akan datang.

“CRI 2023 kali ini bertemakan “Empowering Society Through Innovation and Entrepreneurship” juga dapat menyokong jaringan kerjasama, memupuk kerjasama serta membantu pemindahan ilmu dan teknologi dalam kalangan ahli akademik, pakar industri, para pelajar serta masyarakat dalam meneroka penyelesaian inovatif yang menyumbang kepada pembangunan mampan.

“Setiap penyertaan dinilai mengikut 10 kluster iaitu Energy, Business and Financial Services, Culture, Arts and Tourism, Medical and Healthcare, Smart Technology and System, Smart Cities and Transportation, Water and Food, Agriculture and Forestry, Education dan Environment and Biodiversity,” katanya.

Menurut Pengarah RMIC, Prof. Madya Dr. Khairiyah Binti Mat, pihak UMK amat berbangga kerana telah menganjurkan Karnival Penyelidikan dan Inovasi Kelapan dengan jayanya, justeru menyumbang kepada komitmen untuk memupuk penyelidikan dan inovasi untuk pembangunan negara.

“Secara keseluruhan , CRI kali ini mempertandingkan 80 pingat emas, 79 pingat perak dan 39 pingat gangsa.

“Selain itu, program dua hari itu turut menampilkan pelbagai aktiviti termasuk ucaptama dan perkongsian ilmu dari Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) berkaitan pemerkasaan masyarakat melalui keusahawanan inovasi.

“Sesi paling menarik ialah perkongsian oleh Dr. Mariam Firdhaus Mad Nordin dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), iaitu salah seorang penyelidik yang telah berjaya mengkomersialkan projek penyelidikan dan inovasi beliau.

“Seterusnya, Puan Khairul Mazwan wakil Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) turut menyampaikan perkongsian berkenaan sokongan yang disediakan bagi merealisasikan pengkomersialan inovasi dan perkongsian oleh wakil Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Puan. Azlin Mohd Fahmi mengenai kepentingan pendaftaran harta intelek dari hasil penyelidikan universiti, industri serta institusi pendidikan lain,” katanya.

Sementara itu, projek ‘Gamifikasi Global Kesihatan Game (GKG) dalam Pengajaran dan Pembelajaran’ dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dinobatkan sebagai Anugerah Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Terbaik Kategori bagi Kluster Education, sekaligus berjaya memenangi pingat emas.

Manakala pagi kategori sekolah, Anugerah Terbaik telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar, Johor Bharu, Johor melalui projek ‘Actric Paint’.

Web Traffic

2.png8.png4.png9.png0.png9.png
Today244
Yesterday347
This week1160
This month6757
Total284909

Who Is Online

4
Online

2024-04-25

Search