KERJAYA

Kerjaya

TALENT CORP BERSAMA UMK PERKASAKAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN

JELI 4 Mac I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sentiasa berusaha untuk memastikan peningkatan kebolehpasaran graduan dalam  semua programnya selari  dengan permintaan dan bekalan tenaga kerja di industri pada masa hadapan.
 
Sehubungan itu, UMK telah bekerjasama dengan Talent Corporation Malaysia Berhad atau lebih dikenali dengan TalentCorp dengan menganjurkan program Young Employable Student (YES) : We Are Ready! UMK sebagai strategi dan pelan tindakan bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan UMK.
 
Program yang berlangsung selama tiga hari ini bermula pada 3 hingga 5 Mac 2020 dan telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli bertempat di UMK Kampus Jeli.
 
Seramai 200  pelajar tahun dua dan tiga dari Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Fakulti Sains Bumi (FSB) serta Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) menyertai program yang dipenuhi dengan pengisian bermanfaat untuk pelajar membuat persediaan melangkah ke alam pekerjaan.
 
Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman, program YES edisi UMK  adalah kali  pertama diadakan dengan kerjasama TalentCorp yang dirangka bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan aspek kebolehpasaran graduan sebelum menamatkan pengajian dengan kerjasama rakan industri.
 
Katanya, ini bertujuan memupuk pembudayaan empowerment dikalangan pelajar dalam membantu meningkatkan kebolehpasaran sebelum memasuki pasaran pekerjaan.
 
“Program ini memberi nilai tambah kepada pelajar dari aspek personaliti professional agar ianya keterlihatan pelajar untuk memenuhi keperluan pekerjaan dari pihak industri,” katanya.
 
Tambah beliau, kerjasama  ini turut memfokuskan kepimpinan pelajar dalam mencari penyelesaian kepada kebolehpasaran graduan.
 
“Kemahiran softskill yang diperolehi dari program ini membantu pelajar untuk mula berfikir hala tuju pembangunan kerjaya mereka berdasarkan bidang yang dipelajari bermula dari awal tahun melalui career roadmap.
 
“Seterusnya, ia membantu pelajar dalam memahami kekuatan bidang yang diminati sesuai dengan kehendak majikan serta pasaran,” katanya.
 
Prof. Ts. Dr. Zaliman berharap  program seumpama ini memberi pendedahan kepada pelajar dalam berkomunikasi bersama pihak industri sekaligus meluaskan jaringan industri bagi meningkatkan keterlihatan pelajar UMK.
 
Program ini memberi pendedahan dan persiapan awal khususnya dalam aspek personal grooming, soft skills, resume writing, interview skills dan sebagainya.   
 
Oleh : Pusat Komunikasi Korporat

Web Traffic

2.png7.png7.png4.png6.png9.png
Today83
Yesterday403
This week1462
This month8360
Total277469

Who Is Online

2
Online

2024-03-29

Search