KERJAYA

Kerjaya

E-KARNIVAL PENJANA PERKESO DAN MY CAREER@MOHE 2020 TAWAR 200 PELUANG PEKERJAAN

BACHOK 24 November I Sebanyak 200 jawatan kosong ditawarkan dan lebih 12 majikan/industri mengambil bahagian dalam program temu duga terbuka yang berlangsung secara atas talian sempena program e-Karnival PENJANA PERKESO Dan My CAREER@MOHE 2020 Zon Timur anjuran Universiti Malaysia Kelantan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula 23 hingga 25 November 2020.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, program e-karnival kali ini merupakan penganjuran kali kedua oleh UMK selaku tuan rumah di mana pertama kali telah diadakan pada tahun 2019 menerusi kerjasama dengan JobsMalaysia Negeri Kelantan.

Beliau berkata, program e-karnival ini sepatutnya dijalankan secara fizikal iaitu pada bulan Oktober namun bagi membendung wabak covid-19 ini, pihak universiti telah mengambil langkah drastik untuk mengadakan program ini secara atas talian selama tiga hari bermula pada 23 hingga 25 November 2020.

“Pihak UMK dengan kerjasama PERKESO telah mengambil inisiatif melaksanakan program e-karnival untuk membantu kerajaan ke arah usaha mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja tempatan disamping mengurangkan kadar penggangguran terutama dalam kalangan graduan.

“Program ini juga mampu mempertingkatkan taraf hidup para graduan ke arah yang lebih baik termasuklah dapat membantu bakal graduan dalam mendapatkan akses maklumat berkenaan kerjaya dan peluang pekerjaan serta maklumat berkaitan penempatan latihan industri.

“Selain itu, program ini juga memberi kesedaran mengenai hala tuju kerjaya serta bimbingan semasa di universiti disamping memberi peluang kepada belia yang mempunyai. kemahiran, separa mahir atau tidak mahir memperolehi peluang pekerjaan bersesuaian,” katanya pada majlis pelancaran e-Karnival PENJANA PERKESO Dan My CAREER@MOHE 2020 Zon Timur, secara langsung di Pejabat Perpustakaan Dan Pengurusan Ilmu, UMK Bachok, Kelantan bermula pada 23 November 2020.

Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman, program e-Karnival PENJANA PERKESO Dan My CAREER@MOHE 2020 turut dilihat dapat membantu graduan mendapatkan pekerjaan dan menerima latihan kemahiran dari pihak agensi kerajaan dan industri yang terlibat.
Katanya, terdapat juga programTalkshow bersama jemputan dari setiap Fakulti UMK & Industri: Live Facebook dan Youtube, Webinar CEO Talk Series bersama Industri terpilih, temuduga atas talian oleh majikan dan ceramah motivasi serta kerjaya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

ekerjaya2

Web Traffic

2.png8.png3.png4.png2.png7.png
Today142
Yesterday291
This week1778
This month5275
Total283427

Who Is Online

1
Online

2024-04-20

Search