KERJAYA

Kerjaya

9 STAF KUMPULAN PELAKSANA UMK TERIMA SURAT KENAIKAN PANGKAT BACHOK

Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pendaftar UMK, Pn. Mazula Sabudin sempena Sesi Penerangan Syarat dan Tatacara Kenaikan Pangkat (STEPS) Pentadbiran anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (HRM), Pejabat Pendaftar UMK.

Staf pelaksana yang menerima kenaikan pangkat ialah En. Norzie Haslizam Mat Hassan (Pembantu Tadbir (P/O) dari Gred N19 ke Gred N22), En. Mohd Zaidy Mohd Zaid (Pembantu Keselamatan Gred KP19 ke Gred KP22), En. Shazwaen Mat Kassim (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari Gred FA29 ke Gred FA32), Mohd Sahidi Md Zahid (Penolong Jurutera dari Gred JA29 ke Gred JA32) dan En. Fauzan Shamsuddin (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari Gred FA29 ke Gred FA32).

Turut menerima kenaikan pangkat ialah En. Mohd Binyamin Che Yaacob (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dari Gred S29 ke Gred S32), En. Kamarulzaman Ab Rahman (Penolong Jurutera dari Gred JA29 ke Gred JA32), Pn. Noor Salwani Sallehuddin (Pembantu Pustakawan dari Gred S19 ke Gred S22) dan En. Mohd Khairul Anuar Mat Hussin (Pembantu Tadbir (P/O) dari Gred N19 ke Gred N22).

Sementara itu, Sesi Penerangan Syarat dan Tatacara Kenaikan Pangkat (STEPS) Pentadbiran diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan panduan kepada staf berhubung syarat-syarat dan tatacara kenaikan pangkat staf pentadbiran yang berkuatkuasa.

Sesi taklimat oleh Puan Mazula itu turut diadakan secara dalam talian menerusi Platform Google Meet.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

staf anugerah2

staf anugerah3

Web Traffic

0.png6.png1.png2.png4.png
Today144
Yesterday177
This week1318
This month1903
Total6124

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search