KERJAYA

Kerjaya

FINISHING SCHOOL: SHINE YOUR CAREER 2014

TANPA persediaan minda dan fizikal yang rapi ramai graduan yang kecundang dalam temuduga untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi walaupun mendapat keputusan cemerlang dan CGPA yang baik.

Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Almuni, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YBhg. Prof. Dr. Nik Maheran binti Nik berkata, persediaan minda dan fizikal merupakan dua perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam diri setiap pelajar sebaik sahaja melangkah keluar daripada universiti.

Beliau berkata, manakala dari aspek persediaan minda ialah mahasiswa perlu menempatkan diri di pasaran pekerjaan dengan memperolehi pengalaman dalam kepimpinan di peringkat universiti dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.

Selain itu, tambah beliau, setiap mahasiswa juga harus yakin pada diri sendiri dan percaya bahawa mereka akan memperoleh kejayaan pada masa akan datang kerana setiap perkara yang kita fikirkan merupakan suatu kejayaan yang kita akan perolehi.

“Bagi persediaan fizikal pula, mahasiswa perlu mengetahui bagaimana untuk menjaga keanggunan fizikal dan keanggunan sosial dalam setiap diri individu kerana keanggunan fizikal merupakan sebahagian daripada sahsiah dan penampilan diri yang menyerlahkan lagi karekter diri seseorang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramah bertajuk How to Market Yourself and Enhance Your Self Esteem, sempena Program Finishing School: Shine Your Career 2014, anjuran Unit Kaunseling, Kerjaya dan Alumni, di Laman Monsun UMK Kampus Bachok, Tangok, Bachok, Kelantan, baru-baru ini.

Program yang diadakan selama tiga hari itu membabitkan seramai 426 pelajar tahun tiga daripada ketiga-tiga kampus iaitu UMK Kampus Kota, Bachok dan Jeli, yang berlangsung pada 23 hingga 26 Mei 2014.

Menurut Prof. Dr. Nik Maheran, dalam menjaga keanggunan fizikal, mahasiswa perlu mengetahui cara untuk berpakaian yang sesuai dengan diri, gaya, raut wajah, perawakan dan mempunyai kepintaran sosial. Raut wajah pula akan terpancar dari apa yang bermain di minda seseorang.

Manakala keanggunan sosial pula merupakan kualiti diri dari segi cara pergaulan dengan masyarakat di sekeliling. Keanggunan sosial menjadi faktor yang memberikan ketenangan dan keselesaan kepada setiap pancaindera, hati dan budi masyarakat sekeliling terhadap individu.

Dalam menjaga keanggunan fizikal, mahasiswa perlu mengetahui cara untuk berpakaian yang sesuai dengan diri, gaya, raut wajah, perawakan dan mempunyai kepintaran sosial. Raut wajah pula akan terpancar dari apa yang bermain di minda seseorang.

“Manakala keanggunan sosial pula merupakan kualiti diri dari segi cara pergaulan dengan masyarakat di sekeliling. Keanggunan sosial menjadi faktor yang memberikan ketenangan dan keselesaan kepada setiap pancaindera, hati dan budi masyarakat sekeliling terhadap individu,” jelasnya.

Pada program itu, turut diselitkan ceramah tentang penyediaan resume yang baik oleh Pegawai Psikologi UMK Kampus Jeli, Y.Brs En. Muhammad Ilyas bin Zambri.

Menurut beliau, mahasiswa UMK juga perlu medapatkan khidmat bimbingan dan nasihat bagi mempersiapkan diri menuju ke alam kerjaya dengan mengenali potensi diri serta disarankan untuk berjumpa dengan Pegawai Psikologi di Unit Kaunseling, Kerjaya dan Alumni di setiap kampus masing-masing.

Sementara itu, Nur Izzati Binti Abd Ghani, iaitu pelajar semester enam, Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan), Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan berkata, melalui program ini, dapat memberi pendedahan kepada graduan dalam mengenali potensi diri serta kelebihan diri.

Katanya, pelajar juga dapat menjadi graduan yang lebih berdaya saing dan dapat membaiki kelemahan diri ke arah yang lebih baik.

Bagi Nor Azizan Maizura binti Mat Zin, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, berkata, program ini amat membantu pelajar tahun akhir seperti kami sebagai persiapan untuk menghadiri latihan Industri pada semester depan.

“Melalui tips-tips dan teknik terbaik penyediaan resume juga memberi banyak manfaat dan faedah kepada kami. Saya amat berharap agar pihak universiti dapat mengadakan bengkel yang bersesuaian untuk melengkapkan diri kami ke alam kerjaya,” jelasnya.

23 Mei 2014 FinishingSchool 2

Web Traffic

0.png6.png1.png2.png5.png
Today145
Yesterday177
This week1319
This month1904
Total6125

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search