BACHOK I Seramai 122 orang pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Menembak PDRM, di Gunung, Bachok, pada 2 April 2022.
Latihan turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) merangkap Komandan Kor SUKSIS, YDH ACP/KS Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah dan Timbalan Ketua, Jabatan Pengurusan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) YDH SUPT Zulkifli bin Mad Deris.
Turut hadir, Timbalan Komandan Kor SUKSIS, YDH SUPT/KS Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail, Pengarah Pusat Ko-Kurikulum, Prof. Madya Dr. Saufi bin Che Rusuli dan Pemangku Ajutan Kor SUKSIS, YDH ASP/KS Mohd Adzwan Kamaruzaman.
Sesi latihan kemahiran menembak tahunan itu dikendalikan oleh Bahagian Persenjataan IPK, Kota Bharu, dengan menggunakan senjata api M-16 dan Revolver 38.
Pada majlis itu, tiga pelatih terbaik telah dipilih sebagai penembak terbaik Kor SUKSIS 2022 iaitu Nur Aiman Solehin Mohamad, Mohamad Fadil Jamaludin dan Siti Nur Aqilah Zulkarnain.