KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

SEMAKIN RAMAI PEMAIN INDUSTRI BERSAMA UMK SERLAH BIDANG KEUSAHAWANAN

SEMAKIN RAMAI PEMAIN INDUSTRI BERSAMA UMK SERLAH BIDANG KEUSAHAWANAN

PENGKALAN CHEPA 10 Disember I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MOA) dengan tujuh buah syarikat termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kelantan bagi kerjasama meliputi penyelidikan, inovasi, keusahawanan dan komersial.

WhatsApp Image 2019 12 12 at 7.22.30 AMMajlis menandatangani kerjasama MoU itu disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dengan lima syarikat dari pelbagai industri yang diwakili oleh Presiden Yayasan KRU, Dato’ Norman Abdul Halim, Pengerusi Team Synergy Resources Co. Ltd, Dato’ Raymond Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Synergy International (M) Sdn. Bhd., En Lennon Chu, Pengarah DESB Trainning and Coaching PLT, En. Wan Zulkifli Abdullah dan Pengerusi Jemaah Pengarah Koperasi Dewan Melayu Kelantan Berhad, Mohd Ali Amin Ab. Latif.

Sementara itu, kerjasama MoA membabitkan Pengasas Gahara Galore Sdn. Bhd., En. Nik Faiz Nik M Amin dan Pengerusi Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Mr. Lim Kam Hong.

Perjanjian dokumen MoU dan MoA itu turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Pengarah Kanan Institut Keusahawanan UMKEI, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad.

Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, kerjasama MoU dan MoA di antara UMK dengan agensi berkaitan adalah rentetan daripada Gerak Gempur dan Pelancaran UMK sebagai Universiti Keusahawanan No.1 di Malaysia menjelang 2023, di ASEAN menjelang 2026 dan di Asia menjelang 2030 yang telah diadakan pada 12 Mei 2019 lepas.

Beliau menyifatkan platform kerjasama ini adalah strategi yang lebih berfokus untuk memastikan UMK akan mencapai sasaran menjadi Universiti Keusahawanan No.1 di Malaysia , ASEAN dan di Asia menjelang tahun yang ditetapkan.

“Salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh UMK ialah dengan mengadakan kerjasama dengan pihak industri luar dalam bidang keusahawanan bagi meyerlahkan lagi tujahan bidang tersebut dalam pelbagai aspek termasuk penyelidikan,” katanya.

Dalam pada itu, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi berkata, untuk merealisasikan sasaran itu pihak Pengurusan Universiti telah menggariskan lima prinsip asas berdasarkan konsep pendidikan keusahawanan@UMK di antaranya program keusahawanan yang merentasi pelbagai displin, mewajibkan kursus keusahawanan untuk semua fakulti, sistem penyampaian bersepadu, atribut keusahawanan dan nilai sejagat yang baik serta meluaskan lagi ekosistem keusahawanan dengan aktiviti perniagaan pelajar di dalam kampus.

Katanya, UMK komited untuk mensasarkan Universiti Keusahawanan yang diiktiraf dengan menilai semula keseluruhan program atau subjek keusahawanan yang telah di tawarkan agar sejajar dengan era industri 4.0 dan menawarkan lebih banyak program ko-kurikulum keusahawanan bagi menggalakkan minat pelajar menjalankan perniagaan.

“Sebagai universiti keusahawanan, UMK mensasarkan untuk terpilih sebagai finalis dalam dua kategori yang berbeza bagi Minsitry’s of Education Entrepreneurial Awards (MEA) dan menjadi pemenang keseluruhan institusi keusahawanan pada tahun 2020.

“Selain itu, UMK akan membangunkan semula program Akademik Eksekutif iaitu Diploma Eksekutif Pengurusan Enterprais dan Diploma Eksekutif Pendidikan Keusahawanan untuk ditawarkan kepada umum kerana terdahulu program ini hanya ditawarkan kepada staf dalaman masing-masing,” katanya.

Tambah beliau, pihak Institut Perusahaan Kecil dan Sederahan (ISME) iaitu sebuah pusat di bawah pentadbiran UMKEI kini menawarkan lebih dua puluh (20) program eksekutif dan kursus jangka pendek kepada usahawan seluruh negara dengan kerjasama pelbagai pihak.

Katanya lagi, bermula tahun 2020, ISME akan melebarkan sayap ke luar negara dengan menawarkan program di Cambodia dan China dengan kerjasama Team Synergy Resources.

“Pihak UMKEI juga kini telah mengiktiraf 30 orang pensyarah dari pelbagai bidang sebagai pakar keusahawanan bagi tujuan meningkatkan aktiviti keusahawanan universiti, sama ada melalui penyelidikan, pengajaran, pembangunan keusahawanan pelajar serta komuniti,” katanya.

Melalui kerjasama pihak industri UMK juga sedang giat membangunkan infrastruktur dalam kampus dan luar kampus seperti penubuhan UMK Frontier Street Kiosk, UMK Pavillion dan Business Incubator di UMK Pengkalan Chepa, Innovation Lab dan Entreprenurship Park di UMK Kampus Jeli, Creatives Studio dan Laman Monsoon Park di UMK Bachok, Social Network Lab (SNL) Sungai Rual dan Tok Aman Bali, Microfinance by Nadicorp dan Halal Hub.

Sementara itu, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi memaklumkan UMKEI berjaya membangunkan portal keusahawanan yang menjadi jaringan di antara universiti, komuniti dan industri menerusi platform portal di atas talian seperti Klinik keusahawanan, latihan secara online atau webinar dan perkhidmatan program dan peluang keusahawanan kepada orang awam dan lain-lain.

“Selain itu, portal Virtual Mall yang dibangunkan oleh UMK di bawah jenama UNIK19.com juga adalah bertujuan untuk mempromosi dan menjual produk hasil penyelidikan pensyarah, produk pelajar serta pensyarah UMK dan akan dibuka kepada usahawan yang bernaung di bawah ISME pada masa hadapan,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

WhatsApp Image 2019 12 12 at 7.22.29 AM

Web Traffic

0.png6.png1.png2.png9.png
Today149
Yesterday177
This week1323
This month1908
Total6129

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search