KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

Bengkel Libat Urus Bersama Universiti Awam berhubung Buku MOHE Guide To Entrepreneurship Integrated Education (EIE)

Pada 14 September 2020, Bengkel Libat Urus Bersama Universiti Awam berhubung Buku MOHE Guide To Entrepreneurship Integrated Education (EIE) yang dianjurkan oleh Bahagian Kecemerlangan Akademik, Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan telah diadakan bertempat di Putrajaya dan dihadiri oleh 70 peserta yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor Akademik, Pengarah Pusat Keusahawanan, Pengarah Pusat Kecemerlangan Akademik dan Pengarah Pusat Mahasiswa dan Inovasi dari Universiti Awam seluruh Malaysia. YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mempengerusikan Jawatankuasa Khas Mengkaji Semula Kurikulum dan Program Keusahawanan Universiti Awam berkuatkuasa pada bulan Mei 2020. Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi) telah mewakili Dato’ Naib Canselor UMK untuk mengetuai delegasi jawatankuasa khas dari UMK ke bengkel ini telah merakamkan penghargaan kepada pihak Kementerian yang memberi kepercayaan kepada pihak UMK untuk menerajui jawatankuasa khas pembangunan EIE. “Panduan ini akan menjawab persoalan bagaimana pendidikan keusahawanan diterapkan dalam kurikulum akademik” ujar Prof. Ts. Dr. Arham.

Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi yang merupakan ketua fasilitator memastikan setiap peserta mendapat penjelasan terbaik berkenaan kandungan draf EIE daripada jawatankuasa yang telah dilantik. Buku MOHE Guide To Entrepreneurship Integrated Education (EIE) merupakan panduan yang disediakan untuk memacu perubahan ekosistem dan landskap pendidikan keusahawanan di IPT seluruh Malaysia yang lebih beritegrasi dan relevan kearah industri keusahawan masa sekarang dan hadapan. Buku ini memapaparkan amalan-amalan terbaik dalam pendidikan keusahawanan, kemahiran dan ilmu keusahawanan yang diperlukan oleh pelajar, pendekatan pembelajaran keusahawanan, kaedah pengukuran serta aspek tadbir urus yang dianggap melengkapi bagi mewujudkan satu ekosistem dan lanskap pendidikan keusahawan yang padu.  Buku ini juga menggariskan perbezaan penekanan pendidikan keusahawanan terhadap tiga (3) kumpulan pelajar yang berbeza iaitu dari program keusahawanan, program berkaitan perniagaan, dan program selain dari keusahawanan dan perniagaan. EIE akan menjadi sebuah buku garis panduan bagi institusi pengajian tinggi dalam usaha menerapkan pengetahuan keusahawanan yang lengkap ke dalam kurikulum pendidikan tinggi di Malaysia selari dengan aspirasi sistem pendidikan negara untuk menghasilkan graduan yang bukan sahaja holistik dan seimbang malah berciri keusahawanan seterusnya meletakkan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Keusahawanan’ tulen menjelang 2030.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman serta mendapatkan maklumbalas daripada wakil Universiti Awam (UA) berkaitan kandungan buku EIE dan kesesuaiannya untuk digunakan oleh institusi awam dalam menyemak dan membangunkan pendidikan keusahawanan dan bagaimana penerapan boleh dibuat dalam struktur kurikulum akademik yang pelbagai bidang. Wakil-wakil UA telah memberikan maklumbalas yang sangat positif dan menyambut baik inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan melalui Buku EIE dalam usaha memartabatkan agenda keusahawanan siswa dan mentransformasi program akademik seterusnya meningkatkan kebolehpasaran (employability) graduan melalui aktiviti keusahawanan.

mohe2

Web Traffic

2.png8.png3.png4.png4.png4.png
Today159
Yesterday291
This week1795
This month5292
Total283444

Who Is Online

2
Online

2024-04-20

Search