KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

THE 3RD INTERNATIONAL CONFERENCE OF BUSINESS COMMUNICATION – ENTREPRENEURSHIP BEYOND BOUNDARIES: TOWARDS ASEAN ECONOMIC COMMUNITY 2015 (ICBC 2014)

UMK DAN UNIVERSITAS KATOLIK INDONESIA ATMA JAYA METERAI KERJASAMA PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) dan Universitas Katolik Indonesia Atma Jaya (UNIKA Atma Jaya) merintis kerjasama antarabangsa dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mewujudkan kerjasama strategik terutamanya dalam aspek pendidikan keusahawanan dan perniagaan.

Kerjasama ini diadakan bersempena dengan penganjuran The 3rd International Conference of Business Communication (ICBC) 2014, yang dianjurkan buat kali ketiga di Swiss Garden Hotel & Residence, Kuala Lumpur, pada 23 hingga 24 April 2014.

Menerusi kerjasama ini, UMK telah berjaya merintis hubungan jangka panjang dengan UNIKA Atma Jaya bagi menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi selain meningkatkan usaha secara bersama dalam menangani cabaran- cabaran utama terutamanya dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Pada majlis tersebut, UMK diwakili oleh Naib Canselor UMK, Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, manakala UNIKA Atma Jaya pula diwakili oleh Y.Bhg. Prof. Dr. A.Y. Agung Nughoro.

Turut hadir, Menteri Pelancongan dan Kreatif Ekonomi, Indonesia, Y.Bhg. Dr. Mari Elka Pengestu selaku penyampai ucaptama ICBC 2014 dan Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd Rosli bin Mohamed.

Menurut Prof. Dr. Mohd Rosli, program ICBC 2014 bertemakan Entrepreneurship – Beyond Boundaries: Towards ASEAN Economic Community 2015 adalah anjuran FKP dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Sains Komunikasi, UNIKA Atma Jaya, Jakarta, Indonesia.

Beliau berkata, penganjuran ICBC 2014 adalah bertujuan untuk memberi peluang dan membuka jalan kepada UMK khususnya FKP bagi memulakan kerjasama antarabangsa yang melibatkan institusi pengajian tinggi awam di Indonesia.

“Program ini dapat menyalurkan informasi dan input secara langsung dalam bidang penyelidikan mahupun pendidikan terutamanya daripada negara-negara ASEAN.

“Selain itu, ia juga memberi laluan kepada FKP untuk mendapatkan input bagi merangka pelbagai program pendidikan keusahawanan yang lebih berkesan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” jelas beliau.

Dalam pada itu, secara tidak langsung program ini dapat memberi liputan meluas dan mempromosikan UMK mahupun FKP kepada semua pihak yang berkenaan terutamanya kepada peserta yang terlibat dalam seminar antarabangsa ini.

Tambah Prof. Dr. Mohd Rosli, FKP mengambil kesemp atan menganjurkan program ICBC 2014 ekoran daripada sambutan hebat pada penganjuran ICBC 2011 yang diadakan di Jakarta, Indonesia, pada tahun lepas.

Justeru itu, beliau berkata peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh FKP selaku penganjur utama seminar antarabangsa kali ini yang julung kalinya di adakan di Malaysia.

“Program ICBC kali ini dihadiri oleh lebih 100 peserta antarabangsa terutamanya di kalangan negara ASEAN yang bertepatan dengan tema Entrepreneurship – Beyond Boundaries: Towards ASEAN Economic Community 2015,” katanya.

keusahawanan2

Web Traffic

2.png8.png5.png5.png9.png0.png
Today141
Yesterday382
This week1841
This month7438
Total285590

Who Is Online

1
Online

2024-04-27

Search