KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

PELAJAR UMK HASIL CENDOL DALAM TIN

BACHOK Selepas viral dengan perencah oden, kini penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menginovasikan minuman cendol pula dalam bentuk tin.

Semuanya kerana keterbatasan menikmati cendol yang biasanya diminum di kaki lima atau kedai khususnya ketika musim panas dan penularan wabak Covid-19 sekarang.

cendol dalam tinLebih menarik, inovasi itu membolehkan penggemar cendol menikmatinya dalam bentuk sedia diminum dan di mana sahaja.

Ilham kreatif itu dihasilkan Tuan Muhammad Muiz Tuan Nordin yang melihat belum ada pengusaha cendol memasarkan minuman kegemaran rakyat Malaysia itu dalam bentuk botol atau tin.

Katanya, sehingga kini sebanyak 1,000 tin cendol yang dinamakan VCendol itu sudah terjual dengan permintaannya berkali ganda pada Ramadan lalu.

“Pada awalnya, (keadaan) tidak seperti dirancang kerana kaedah penyediaan cendol dalam tin agak rumit sebab kurang sesuai dinikmati secara konsep on the go.

“Ini kerana cendol diketahui mempunyai tempoh hayat yang singkat dan tidak boleh disimpan lama sebab menggunakan santan,” katanya di sini.

Penuntut tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) itu berkata, hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) UMK akhirnya menemui formula baharu bagi menghasilkan cendol segar yang tahan lebih lama tanpa menjejaskan rasa aslinya.

Pada masa yang sama, menurutnya ia sedia diminum dalam tin bila-bila masa sahaja yang dikehendaki.

Katanya, beliau menggunakan santan sawit menggantikan santan kelapa biasa bagi menghasilkan rasa cendol yang berkualiti tinggi, kaya vitamin, kurang kolestrol dan lemak serta tahan lama.

“Gabungan santan sawit dengan bahan asas cendol seperti gula melaka, kacang merah bersama parutan ais menghasilkan rasa sama seperti menikmati cendol di gerai,” ujarnya.

Muiz berkata, VCendol kini dipasarkan menerusi syarikatnya, Versatile Food and Beverage melalui pasaran agen, menempatkan produk di pasar raya dan secara dalam talian.

Katanya, dalam tempoh setahun beliau menginovasikan cara pembungkusan VCendol daripada botol plastik biasa kepada tin yang lebih bermutu tinggi dengan menggunakan teknologi ‘hot filling’.

Kini Vcendol divariasikan kepada tiga perisa iaitu Pandan, Mangga dan Strawberi yang dijual dengan harga RM6.50 sebotol.

Hasil inovasi bersama Pusat Pembangunan dan Pendidikan Keusahawanan (CEED) Institut Keusahawanan (UMKEI) itu berjaya membolehkan inovasi VCendol memenangi beberapa anugerah seperti Pingat Emas di Pertandingan 11th Creation, Innovation, Technology and Research Exposition (CITREx 2021) anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pingat Emas di eCarnival Research and Innovation (eCRI 2020) anjuran UMK dan Pingat Perak bagi Pertandingan Rekacipta (PEREKA 2020) anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menurut Muiz, kejayaan dan pencapaiannya hari ini banyak dibantu oleh ayahnya sendiri yang sanggup mengeluarkan modal untuk memulakan perniagaan.

Selain itu, Muiz juga mendapat sokongan dan kerjasama dari mentor pembimbingnya iaitu Pensyarah FKP, Dr Shamsuriana Sidek, yang banyak memberi tunjuk-ajar.

UMK melalui Pusat Pembangunan Dan Pendidikan Keusahawanan (CEED) Institut Keusahawanan (UMKEI) juga banyak membantu khususnya tentang ilmu keusahawanan dan kemahiran menerusi penganjuran pelbagai kursus di samping menyediakan pelbagai insentif kepada usahawan pelajar.

Bagi pemasaran pada musim PKP beliau lebih banyak menggunakan platform pemasaran secara online di media sosial seperti Facebook, dan juga Shopee.

Produk VCendol juga diedarkan secara offline oleh ejen-ejen yang di seluruh Malaysia, mini market dan pasaraya di Terengganu serta Koperasi Sekolah terpilih.

Muiz juga berkata untuk mencapai kejayaan tidak ada jalan pintas kerana setiap usahawan perlu keberanian menyahut cabaran untuk menghasilkan produk sendiri.

Menurutnya, sejarah perniagaan cendol yang diusahakan oleh syarikatnya yang didaftarkan dengan nama Versatile Food and Beverage bermula pada Ogos 2019

cendol dalam tin

Web Traffic

2.png8.png5.png0.png3.png5.png
Today370
Yesterday347
This week1286
This month6883
Total285035

Who Is Online

3
Online

2024-04-25

Search