KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

HAFIZUDDIN HIEW MENANG ANUGERAH KHAS ALUMNI@UMK MILLION AWARDS 2020

KOTA BHARU 12 Ogos I Pengasas TDC Holdings Sdn. Bhd. dan usahawan susu kolostrum C2Joy (Safe & Joy), Encik Muhammad Hafizuddin Hiew bin Abdullah dianugerahkan Alumni@UMK (Million Dollar Awards) sempena Majlis Anugerah Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEA) 2020, pada 12 Ogos 2021.

Anugerah UMKEA anjuran Institut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEI) telah diadakan secara dalam talian menerusi platform Facebook Rasmi UMK.

Encik Muhammad Hafizuddin Hiew berkata, kejayaan menerima anugerah khas UMKEA 2020 adalah di luar jangkaan kerana tidak pernah terlintas di fikirannya UMK akan mengiktiraf segala usaha dan kejayaannya menerusi anugerah sebegini rupa.

Katanya, anugerah ini amat istimewa kerana ini adalah satu-satunya anugerah bukan akademik yang diperolehi selepas tamat pengajian di UMK kerana sebelum ini hanya memperoleh Anugerah Dekan atau beberapa anugerah akademik lain-lain.

“UMKEA 2020 adalah pendekatan proaktif daripada UMK dalam usaha untuk mengiktiraf graduan, pensyarah dan alumni yang telah mengharumkan nama UMK melalui hasil kerja, perniagaan dan kejayaan mereka,” katanya.

Sementara itu, UMKEA 2020 turut mempertandingkan tujuh kategori lain iaitu Student Social Entrepreneurship Awards dimenangi oleh pemilik Phytophia Venture, Encik Ahmad Zaid Azri bin Ahmad Zakaria dari Fakulti Industri dan Asas Tani (FIAT) dan kategori SME@UMK Awards di raih oleh Puan Wan Noriah binti Wan Ramli (merupakan usahawan dan juga pemiliki Min House Camp).

Manakala Pengarah Urusan Khabilu Manufacturing Sdn. Bhd., Encik Hakimullah bin Khabilu memenangi kategori Alumni@UMK Awards dan pemenang Entrepreneurship Mentor Award dimenangi oleh pensyarah Fakulti Industri dan Asas Tani (FIAT), Encik Mohd bin Mahmud@Mansor.

Bagi kategori Institutional Awards dibolot oleh Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), untuk penerima anugerah kategori Student Enterprise Awards dimenangi oleh Encik Imer Jibril bin Mohd Nasir dan Encik Wan Azehan Helmi bin Wan Abdul Halim dari syarikat Zehan Jibril Enterprise.

Syarikat Wawa Bakery, Puan Noor Salwa binti Mohd Razali pula memenangi anugerah untuk kategori Graduate Enterprise Awards.

Keputusan bagi keseluruhan pemenang UMKEA 2020 diumumkan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Noor Azizi bin Ismail.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Noor Azizi bin Ismail, anugerah UMKEA diadakan untuk mengiktiraf dan menghargai kejayaan dan sumbangan usahawan pelajar, graduan, mentor, alumni dan rakan usahawan daripada program SME Graduate.

Beliau menyifatkan anugerah tersebut sebagai pendorong dan pembakar semangat terutamanya kepada usahawan pelajar UMK untuk bersaing secara sihat dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam perniagaan masing-masing.

“UMK telah mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan dalam melahirkan usahawan pelajar dimana sehingga Jun 2021 kita telah mencatatkan jumlah usahawan pelajar seramai 1605 pelajar. Manakala, buat pertama kali pada tahun 2020 kita mencapai seramai 1424 iaitu sebanyak 15.6 peratus usahawan melepasi sasaran oleh Kementerian Pengajian Tinggi .

“Manakala untuk usahawan graduan pula kita telah mencatat pencapaian yang sangat membanggakan iaitu sebanyak 14.8 peratus pada tahun 2020 iaitu angka yang melepasi sasaran yang telah ditetapkan oleh KPT sebanyak 10 peratus,“ katanya.

Tambah beliau, dalam memperkasakan keusahawanan di UMK, UMK telah melakukan penstrukturan semula pusat keusahawanan pada tahun 2019 dengan meletakkan Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) sebagai peneraju dan diperkuatkan dengan tiga pusat dibawah naungan UMKEI iaitu Centre for Entrepreneurship Education and Development (CEED), Institute of Small and Medium Enterprise (ISME) dan Global Entrepreneurship Research and Innovation Centre (GERIC).

“Saya cukup yakin dan percaya untuk kelestarian dalam bidang keusahawanan dengan melakukan pelbagai inovasi.

“Alhamdulillah UMK juga telah menubuhkan Ignite Venture Lab (IVL) iaitu sebuah makmal yang menjadi hub inovasi sekaligus akan menjadikan UMK sebagai peneraju untuk merangsang kreatitviti dan inovasi dalam keusahawanan. Lebih 10,000 akan pelajar UMK menerima manfaat dengan penubuhan IVL yang menyediakan aktiviti inovasi pembangunan kapasiti dan seterusnya dapat melahirkan usahawan pelajar yang berinovasi serta kreatif,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Institut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEI), Prof. Madya Dr. Mohammad Ismail berkata, antara pendekatan UMKEI mewujudkan ekosistem keusahawanan di kampus dengan menyediakan pelbagai aktiviti, program dan fasiliti antaranya kemudahan 48 kiosk perniagaan di ketiga-tiga kampus, online platform (unik19.com), coaching and mentoring dan Entrepreneur in Residence (UMK Nexus).
Katanya, selain itu bagi membantu kelancaran perancangan program dan aktiviti kita juga telah mewujudkan kelab Sekretariat Keusahawanan Pelajar (SKP) yang menjadi penghubung dan penggerak keusahawanan dalam kalangan usahawan pelajar.
”Saya percaya usaha untuk melahirkan usahawan pelajar yang berjaya ianya tidak mampu dilakukan dalam sekelip mata. Dalam melahirkan usahawan pelajar ini adalah seperti tanam pokok durian, perlu sedikit masa untuk mendapatkan hasil.
“Kebanyakkan pelajar ini akan berjaya selepas menamatkan pengajian seperti Encik Muhammad Hafizuddin Hiew dan ada juga yang berjaya semasa dalam pengajian seperti Encik Imer Jibril dan Encik Wan Azehan Hilmi yang mengusahakan produk perencah King Oden,” katanya.

WhatsApp Image 2021 08 19 at 1.48.41 PMWhatsApp Image 2021 08 19 at 1.48.39 PM

Web Traffic

2.png7.png7.png2.png9.png4.png
Today311
Yesterday405
This week1287
This month8185
Total277294

Who Is Online

1
Online

2024-03-28

Search