KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

UMK BANGUNKAN PUSAT TEKNO USAHAWAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN MAKANAN

JELI 27 Oktober I Universiti Malaysia Kelantan (UMK)memperuntukan RM3.4 juta bagi projek pembangunan fasa pertama PusatTeknokeusahawanan Emas Logam Bumi dan Bahan atau Gold, Rare Earth and MaterialTechnopreneurship Centre atau GREAT dan Kompleks Inovasi dan Keusahawanan(Innovation and Entrepreneurship Incubator Complex IEIC).

Kedua-dua projek ini adalah inisiatif UMK untuk mewujudkanindustri dalam kampus atau industry at university (I@U) yang bertujuanmendedahkan pelajarnya kepada dunia sebenar industri di kawasan kampus.

Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan (RMD), Dr Abdul HafidzYusoff, pusat ini bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berteknologi tinggi untuk memberiperkhidmatan dan konsultasi kepada pelanggan berkaitan teknologi makanan dan jugaperlombongan.

Beliau berkata, antara perkhidmatan yang ditawarkan GREATialah khusus kepada kepakaran teknologi perlombongan dan bahan sepertiteknologi pemisahan dan penentuan kandungan emas, logam bumi bahan dalam sampel geologi dan juga barang kemas.

“Seperti kita maklum, negeri di pantai timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu mengandungi sumber asli seperti emas yangbanyak berbanding negeri-negeri lain.

“GREAT yang berpangkalan di UMK Kampus Jeli ini dilihatmampu memacu industri perlombongan terutamanya di ketiga-tiga negeri tersebut,”katanya.

Menurut Dr. Abdul Hafidz, kewujudan kedua-dua kompleks inidijangka akan menghasilkan beberapa buat syarikat start - up dan juga syarikat pelajar dalam bidangberkaitan.

Katanya, inisiatif ini akan mendedahkan pelajar pelajar UMKkepada situasi sebenar perniagaan dan industri sesuai dengan misi dan visi UMKsebagai universiti keusahawanan tersohor di peringkat global menerusi PelanStrategik UMK (PSU) 2021-2025.

Sementara itu, Pengarah Institut Penyelidikan JaminanMakanan Dan Pertanian Lestari (IFFSA), Ts. Dr. Maryana Mohamad Nor berkata, perkhidmatan yang ditawarkan IEIC berasaskan kepada analisis kandungan makanan dan minuman bagi tujuan pensijilan Halal.

Katanya, IEIC juga berfungsi sebagai pusat rujukan untukmemberi konsultasi kepada pengusaha makanan yang ingin mendapatkan sijilHalal.

“IEIC juga menawarkan khidmat konsultasi kepada pengusahapengusaha makanan yang ingin membangunkan produk berasaskan herba. “Melalui pusat kecemerlangan penyelidikan IFFSA, UMK telahmenghasilkan beberapa produk makanan dan minuman berasaskan herba untukdipasarkan,” katanya.

WhatsApp Image 2021 11 15 at 5.58.48 AM 1

WhatsApp Image 2021 11 15 at 5.58.48 AM 2

WhatsApp Image 2021 11 15 at 5.58.47 AM

Web Traffic

6.png6.png5.png4.png6.png
Today264
Yesterday244
This week1821
This month1322
Total66546

Who Is Online

3
Online

2021-12-05

Search