KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

UMK TERIMA SUMBANGAN WANG ZAKAT RM600,000.00 DARI PNB DAN RHB BANGUNKAN PROJEK TERNAKAN AYAM KAMPUNG KACUK

BACHOK, 13 Jun 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) menerima zakat perniagaan berjumlah RM600,000 daripada RHB Islamic Berhad (RHB Islamic) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi pelaksanaan Projek Ternakan Ayam Kampung Kacuk (PTAKK) oleh komuniti B40 di Kelantan.

160623-01-02.jpg
Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic, Datuk Adissadikin Ali serta Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PNB, Datuk Mohd Nizam Zainordin kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah.
Sumbangan diadakan sempena Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) bagi kerjasama strategik antara RHB Islamic dan PNB, di American Corner, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK Bachok, Kelantan, hari ini.

160623-01-06.jpg
Turut hadir, Pengarah InsPeK, Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail, Dekan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Dr. Mohd Farhan Hanif Bin Reduan, Pengurus Jabatan Rangkuman Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM), Pn. Noor Syarikin binti Abdul Malek dan Penasihat
Menurut Prof. Ts. Dr. Arham berkata, projek ternakan ayam kacuk ini akan dibangunkan di Bachok melibatkan pembinaan infrastruktur pemeliharaan, rumah penetasan telur dan sistem pemprosesan makanan ternakan.

160623-01-04.jpg
“Program akan segera bermula dengan lima hingga enam pusingan hasil dan mampu mengeluarkan lebih 60,000 ayam untuk dipasarkan dalam tempoh setahun.
“Projek ternakan ayam kacuk dijangka mampu mengeluarkan golongan B40 dari kancah kemiskinan dan akan dapat meningkatkan pendapatan golongan sasar sekitar 20 hingga 30 peratus,” katanya.
Sementara itu, Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal berkata, projek Ternakan Ayam Kampung Kacuk itu dijangka bermula pada bulan Julai 2023 di Kampung Pohon Nenasi, Telong, Bachok, Kelantan, melibatkan 20 orang peserta secara langsung dan tidak langsung.

160623-01-03.jpg
Beliau berkata, projek ternakan itu dilaksanakan secara tiga peringkat iaitu peringkat ternakan ayam, penyediaan makanan ayam, penyediaan baka anak ayam (hatchery) dan penglibatan ahli isi rumah seramai 40 orang secara tidak langsung
“Projek ini akan diusahakan oleh peserta dari kalangan asnaf dan B40 dari daerah Bachok. Para peserta akan mendapat bimbingan dan kepakaran dari Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) UMK yang memiliki pelbagai kepakaran yang boleh dimanfaatkan untuk membantu peserta untuk penternakan ayam kacuk160623-01-05.jpg.


“Potensi ayam kacuk mendapat permintaan sangat tinggi dan kelebihan ayam kampung kacuk hanya mengambil masa kira-kira 60 hari untuk matang sebelum boleh disembelih dan dijual. Selain itu, harga ayam kacuk lebih tinggi berbanding harga ayam kampung dan harganya boleh mencecah antara RM12 hingga RM14 untuk sekilogram,” katanya.

160623-01-07.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png0.png1.png
Today13
Yesterday316
This week13
This month7949
Total286101

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search