KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

MAJLIS AKAD PENYERAHAN DANA BAGI PROGRAM BANK RAKYAT UNIPRENEUR 3.0

KOTA BHARU, 30 Oktober 2023 | Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Pembangunan dan Pendidikan Keusahawanan (CEED), Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) memperolehi dana sebanyak RM66,000.00 dari Bank Rakyat bagi menjayakan Program Bank Rakyat Unipreneur 3.0.

271123-01-02.jpg
Majlis akad penyerahan dana Program Bank Rakyat Unipreneur 3.0 telah disampaikan oleh Ketua Wilayah Bank Rakyat Kelantan/Terengganu, En. Ghazi Omar kepada Naib Canselor UMK, Prof. Dato' Dr. Razli Che Razak, di Bilik Mesyuarat Senat, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan.
Turut hadir, Pemangku Pengurus Bank Rakyat, Cawangan Kota Bharu, Encik Mohd Jafri bin Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Pengarah Kanan Institut Keusaha.wanan UMK (UMKEI), Prof. Dr. Mohd Nor Hakimin Yusoff serta Pengarah Pusat Pembangunan dan Pendidikan Keusahawanan (CEED), Dr. Mohd Safwan Ghazali.

271123-01-03.jpg
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, peruntukan dana itu berjumlah RM66,000.00 akan disalurkan kepada 20 orang usahawan pelajar UMK dari kalangan asnaf/B40 dan akan diseliakan oleh 10 orang pensyarah mentor yang terlibat.
Katanya, RM3,000 akan diagihkan kepada 20 orang peserta bagi tujuan membantu mengembangkan perniagaan dan RM6,000 bagi kos pentadbiran dan pengurusan program.

271123-01-04.jpg
“Penglibatan pelajar ke program seperti ini akan dapat memberi nilai tambah kepada pelajar untuk meluaskan perniagaan serta menimba ilmu dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
“Selain itu, program ini memberi tumpuan kepada usaha membina kemahiran keusahawanan, meningkatkan keyakinan diri dan memupuk semangat berdikari dalam mengendalikan perniagaan sendiri di samping mempersiapkan usahawan mahasiswa agar lebih berdaya saing dalam menceburi industri pekerjaan pada masa hadapan,” katanya.
Beliau berharap melalui bantuan dana perniagaan dan ilmu keusahawanan yang diberikan dapat membantu untuk mengembangkan perniagaan pelajar dan pihak UMK juga berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

271123-01-05.jpg

Web Traffic

2.png8.png5.png8.png6.png6.png
Today94
Yesterday323
This week2117
This month7714
Total285866

Who Is Online

1
Online

2024-04-28

Search