KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

KARNIVAL ICE 2023 BERLANGSUNG MERIAH, CIPTA INSPIRASI & IDEA BISNES HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN


KOTA BHARU 24 November 2023 I Fakulti Hospitaliti Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mewujudkan satu insiatif baharu untuk mengembang aktiviti keusahawanan dalam bidang Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan melalui aktiviti keusahawanan dan perusahaan.
Insiatif ini diadakan melalui satu persidangan one stop centre dibawah platform
International Conference And Exhibition (ICE) 2023 yang berlangsung selama lima hari di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, bermula 21 hingga 25 November 2023.

020124-02-01.jpg
Dekan FHPK,Prof. Madya Dr. Roslizawati Che Aziz berkata, ICE 2023 ini menggabungkan persidangan penyelidikan, pertandingan inovasi, ekspo keusahawanan, dan Service Learning Malaysia (SULAM) yang berkaitan dengan bidang pelancongan, hospitaliti dan kesejahteraan.
Katanya, ICE 2023 disasarkan kepada ahli akademik, pelajar (universiti & sekolah), alumni dan jaringan industri yang berada di sekitar Kelantan mahupun daripada seluruh Malaysia.
“ICE 2023 diadakan mengambil inspirasi dan idea yang bertujuan untuk membentuk jaringan dan kerjasama bersama masyarakat, sektor awam dan swasta agar produk dan industri yang dihasilkan benar-benar menepati kehendak komuniti dan masyarakat.

020124-02-02.jpg
“Selain itu, program ini bertujuan menyebarkan penemuan terkini dalam penyelidikan, produk
inovasi dan sebagai medium untuk mengembang aktiviti keusahawanan dalam bidang Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan.
“Medium ini diinspirasikan melalui pembentangan kertas penyelidikan, pertandingan produk inovasi dan keusahawanan.

020124-02-03.jpg
“Terdapat LIMA (5) program utama sepanjang penganjuran ICE 2023 iaitu 2nd International Conference on Hospitality, Tourism & Wellness (ICoHotS 2023), Sulam Innovate, Showcase & Symposium (SUISS 2023), International Research & Innovation Competition (InaRIC 2023), MICE-Preneurs Exspo 2023 dan Industry – Academia Recognition Awards (INARA 2023),” katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian ICE 2023, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, baru-baru ini.
Menurut Prof. Madya Dr . Roslizawati, kelima-lima program ini bakal membuka ruang dan peluang kepada ahli akademik,pelajar, industri dan komuniti untuk bersatu dan berganding bahu dalam menyerlahkan bakat masing-masing.

020124-02-04.jpg
Sementara itu, program MICE-Preneurs Expo pula merupakan program ekspo keusahawanan di mana ia memberi peluang kepada usahawan “start up” di kalangan pelajar, staf dan alumni UMK dan orang awam untuk memperkenal, mempromosikan perniagaan serta mereka yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan.
“MICE-Preneus Expo juga dapat membantu usahawan yang telah menempa nama di pasaran untuk meningkatkan jenama produk serta berpeluang meluaskan pasaran perniagaan.

020124-02-05.jpg
“Terdapat 40 booth dan tapak jualan telah disediakan dan pelbagai jenis produk seperti
produk makanan, pakaian, kesihatan, telekomunikasi dan perkhidmatan spa dan kecantikan yang melibatkan usahawan pelajar dan orang awam.
“Lebih meriah lagi pelbagai aktiviti juga disediakan antaranya program jelajah kampus, School Fun Games, Jaguh Kampus, Teh Tarik King, Sukan Rakyat, e-Sport, Slot Usahawan Kecek, Cup Cake Decoration, pertandingan mewarna dan Malam Kesenian,” katanya.

020124-02-06.jpg
Sebagai acara melabuh tirai, turut berlangsung Industry – Academia Recognition Awards (INARA 2023) iaitu majlis penghargaan industri
bagi menghargai seluruh warga akademia, fakulti serta rakan-rakan industri yang telah banyak menyumbang dan menyokong kepada penganjuran program ICE 2023.
Jelas Prof. Madya Dr. Roslizawati, terdapat 30 anugerah yang terdiri daripada tiga jenis kategori penghargaan yang berlangsung pada malam terakhir penganjuran ICE iaitu pada 25 November 2023 bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan.

020124-02-07.jpg

020124-02-08.jpg
 
020124-02-09.jpg

Web Traffic

2.png8.png5.png7.png8.png8.png
Today16
Yesterday323
This week2039
This month7636
Total285788

Who Is Online

2
Online

2024-04-28

Search