KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

PELABUR ARAB SAUDI TINJAU PROJEK PERUSAHAAN TERNAKAN LEMBU TENUSU UMK


BACHOK 28 Januari 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK), hari ini menerima kunjungan wakil pelabur dari Negara Arab Saudi bagi meninjau potensi Projek Perusahaan Ternakan Lembu Tenusu di UMK Bachok dan UMK Kampus Jeli.

040224-01-02.jpg
Tetamu kenamaan tersebut diketuai oleh Mr Abdelrahman Ame Amer serta Mr. Lamine Khemiri dan Mr Ayman Abdullah Althomairi telah disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak di Bangunan Canselori, UMK Bachok, Tangok, Kelantan, hari ini.

040224-01-03.jpg
Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah UMK, Dato' Hj. Mohd Adhan bin Kechik dan Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim.
Lawatan dua hari itu melibatkan sesi taklimat oleh wakil UMK dan sesi lawatan tapak ke kawasan sekitar kampus yang berpotensi untuk membangunkan projek perusahaan ini.

040224-01-04.jpg

040224-01-05.jpg
 
040224-01-06.jpg
 
040224-01-07.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png0.png3.png
Today15
Yesterday316
This week15
This month7951
Total286103

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search