- Super User
- Hits: 672
UMK BERSAMA KOMUNITI: TAMPIL MEMBERIKAN SOKONGAN DI FUTSAL PELAJAR ISTIMEWA
Kecemerlangan dalam bidang sukan bukan sahaja hak pelajar biasa, bahkan ia juga mampu dicapai oleh pelajar berkeperluan khas
- Super User
- Hits: 658
UMK PRIHATIN NASIB PELAJAR FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN DITIMPA MUSIBAH KEBAKARAN
- Super User
- Hits: 712
300 MAHASISWA UMK TERIMA SUMBANGAN FOOD BANK YaPEIM 1.0
PENGKALAN CHEPA 25 Februari I Seramai 300 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari kalangan B40 menerima sumbangan dan bantuan menerusi Program Food Bank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) 1.0.
Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus YaPEIM, En. Nik Mohd Nurul Ihsan Salleh, dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, sempena Majlis Perasmian Food Bank Yapeim 1.0 dan Penyerahan Tricycle Kepada Pelajar UMK, di Bilik Mesyuarat Senat, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 25 Februari 2020.
Turut hadir, Pengurus Negeri Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Kelantan, En. Nik Mohd Nurul Ihsan Salleh, Ketua Bahagian Pengurusan Pembangunan Wakaf Dan Zakat, Dr. Hazriah Hassan dan Ketua Pentadbir Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, En. Muhamad Anuar Ismail.
Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman, program Foodbank YaPEIM 1.0 ini adalah inisiatif baharu Seksyen Tatatertib dan Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMK yang bekerjasama YaPEIM untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan.
Katanya, program ini adalah bertujuan untuk memastikan kebajikan pelajar dari kalangan keluarga B40 yang layak menerima bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian. Ini bagi meringankan beban kos sara hidup pelajar sepanjang pengajian di UMK.
“Keperluan makanan sangat penting kepada mahasiswa di universiti. Justeru, UMK sentiasa berikhtiar untuk sentiasa bekerjasama dengan semua pihak, termasuklah dengan YaPEIM untuk memastikan program ini benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan sasaran,” katanya.
Pada majlis itu, Prof. Ts. Dr. Zaliman turut menyampaikan sumbangan berupa kemudahan Tricycle kepada pelajar Tahun 2, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Saudari Nur Aida Razani, yang merupakan pelajar kelainan upaya bagi memudahkan pergerakannya berulang-alik dari Kolej Kediaman IBS ke bilik kuliah dan sekitar kampus.
Sebelum ini, Saudari Siti Nurfarah Hanim binti Azman, pelajar kelainan upaya juga telah menerima kerusi roda elektrik sumbangan daripada SMO Bookstores pada tahun lepas.
Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Zaliman berkata, Program Food Bank Siswa dan Gerobok Makanan telah dilaksanakan secara konsisten melalui penyediaan makanan kepada pelajar dari kalangan B40 di UMK yang memberi manfaat kepada pelajar.
Katanya, insiatif ini telah diusahakan secara bersama antara Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pusat Islam dan Majlis Perwakilan Pelajar UMK.
“Selain itu, pihak Universiti turut menempatkan makanan yang diperlukan di kawasan strategik, seperti di kolej kediaman pelajar dan masjid. Termasuklah membuat kunjungan ziarah prihatin ke rumah pelajar, sama ada pelajar UMK yang menyewa rumah di luar kampus semasa pengajian dan juga ke rumah ahli keluarga mereka dan Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang luar biasa.
“Program ini amat bermanfaat dalam usaha membantu pelajar yang kurang berkemampuan,” katanya.
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat
- Mar 04, 15:23 pm
UMK BERSAMA KOMUNITI: TAMPIL MEMBERIKAN SOKONGAN DI FUTSAL PELAJAR ISTIMEWA
- Feb 29, 03:34 am
UMK PRIHATIN NASIB PELAJAR FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN DITIMPA MUSIBAH KEBAKARAN
- Feb 26, 03:43 am
300 MAHASISWA UMK TERIMA SUMBANGAN FOOD BANK YaPEIM 1.0
- Super User
- Hits: 784
ADIK RAISHA HIDAP PENYAKIT HATI KRONIK, PERLU RM160,000 TAMPUNG KOS PEMBEDAHAN
- Super User
- Hits: 614
SUKARELAWAN SISWA UMK SANTUNI MANGSA BANJIR KAMPUNG CHUCHUH PUTERI
- Super User
- Hits: 626
234 KELUARGA NELAYAN DAPAT MANFAAT PROGRAM MAKMAL JARINGAN SOSIAL (SNL) - INSPEK
- Super User
- Hits: 715
BANTU JANA EKONOMI ORANG ASLI BUKTI CAKNA UMK
- Super User
- Hits: 614
SISWA SISWI UMK SEMARAKKAN PROGRAM MESRA ASNAF
- Super User
- Hits: 843
PROGRAM SOCIAL ENTERPRISE FOR ECONOMIC DEVELOPMENT (SEED) V 2014
- Super User
- Hits: 647
UMK KAMPUS JELI CAKNA ASNAF
- Super User
- Hits: 699
PELAJAR PELBAGAI PENGAJIAN UMK MERIAHKAN MAJLIS MASAK ASYURA
- Super User
- Hits: 704
GAZA CAMP 2013: DUA PELAJAR PALESTIN TERIMA BIASISWA UMK
- Super User
- Hits: 845