KOMUNITI

Komuniti

BANTU JANA EKONOMI ORANG ASLI BUKTI CAKNA UMK

JELI 13 Januari I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menyediakan kepakaran dan kemahiran teknologi khususnya dalam industri pertanian serta penternakan bagi membantu membangunkan ekonomi Orang Asli menjana sumber pendapatan untuk menyara kehidupan seharian.

Sehubungan itu, UMK dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengagihkan 2,000 ekor baka ayam organik kepada 100 keluarga Orang Asli sempena program Universiti Bersama Masyarakat atau UMK4SOCIETY anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bersama Komuniti Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual, Jeli pada 13 Januari 2020.

UMK dengan kerjasama beberapa pihak ini akan bersama-sama membantu Komuniti orang asli dengan kepakaran yang ada daripada kalangan ahli akademik UMK, terutamanya daripada Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) di UMK Kampus Jeli.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, berkata, sebanyak 20 baka ayam organik termasuk reban dan makanan ayam turut diagihkan kepada 100 peserta yang terdiri dari Ketua Isi Rumah (KIR) di Rancangan Kampung Baru (RKB) Sungai Rual untuk meningkatkam pendapatan tambahan kepada Orang Asli di perkampungan berkenaan.

Katanya, inisiatif ini merupakan salah satu usaha yang melibatkan semua pihak untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

“Justeru, berbagai elemen pembangunan yang kita lihat banyak melibatkan masyarakat telah digabungkan dalam pelaksanaan inisitif ini bagi membantu meningkatkan ilmu, kemahiran serta hubungan baik dalam komuniti yang mana merupakan faktor penting dalam konteks pembangunan komuniti,” katanya selepas Program Penerangan dan Bimbingan Penternakan Ayam Organik kepada Orang Asli, di SK Sungai Rual, Jeli, pada 13 Januari 2020.

Turut hadir, Guru Besar SK Sungai Rual, En. Mohd Zamzuri Anuar Che Zainal, Pegawai Khas Ahli Parlimen Jeli, Ustaz Dr. Mohd Nasir Mohd Nor dan Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi Politeknik Jeli, En. Mohd Sumazlin Mohamed.

Pada sesi taklimat itu, seramai 100 peserta diberi penerangan ringkas berkenaan asas penternakan ayam organik, demonstrasi cara melalui bimbingan pengurusan penternakan ayam organik oleh pensyarah FIAT tentang pengendalian penternakan ayam organik dan latihan pengurusan termasuk jadual rutin penjagaan ayam.

UMK4SOCIETY merupakan program CSR oleh warga HEPA bagi mendekati komuniti Orang Asli termasuk program motivasi serta aktiviti sukan kepada pelajar Orang Asli yang melibatkan keseluruhan Seksyen/Bahagian/Pusat di Bawah Pejabat HEPA.

Pelbagai aktiviti menarik sempena majlis ini diadakan antaranya acara sukan bersama pelajar orang asli, pengendalian modul kaunseling, aktiviti mewarna serta melatih pelajar Orang Asli teknik memanah serta sepak takraw dengan tunjuk ajar staf Unit Sukan UMK. Manakala pada sebelah petang turut diadakan aktiviti gotong-royong di kawasan perkelahan Lata Janggut.

Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman, penganjuran program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan kami sendiri di kalangan staf UMK malah ianya dapat membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain.

Beliau menyifatkan sumbangan yang diberikan bukan berdasarkan wang ringgit namun lebih kepada sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan serta kemahiran untuk dikongsikan bersama.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Web Traffic

2.png7.png7.png3.png2.png9.png
Today346
Yesterday405
This week1322
This month8220
Total277329

Who Is Online

5
Online

2024-03-28

Search