KOMUNITI

Komuniti

SISWA SISWI UMK SEMARAKKAN PROGRAM MESRA ASNAF

SISWA SISWI UMK SEMARAKKAN PROGRAM MESRA ASNAF

BACHOK 9 Disember I Tengku Temenggong Kelantan, YBM Tengku Tan Sri Dato’ Hj. Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Program Mesra Asnaf Peringkat Jajahan Bachok di Masjid Pauh Sembilan, Tawang, Bachok, Kelantan, pada 9 Disember 2019.

Turut berkenan berangkat, Tengku Puan Temenggong Kelantan, YM Tunku Puan Sri Dato’ Hjh. Noor Hayati Tunku Abdul Rahman.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Jajahan Bachok, En Hazmi Abdul Hamid, Pengarah Pusat Islam UMK, Prof. Madya Dr. Azhar Muhammad dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al Abrar, Ustaz Mohd Yuzakky Mohd Yusof.

Program Mesra Asnaf anjuran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Pejabat Tanah Bachok, Pejabat Agama dan Jajahan Bachok dan UMK membabitkan seramai 120 mahasiswa/siswi berkonsepkan program anak angkat dengan penglibatan 50 keluarga asnaf dari Mukim Pauh Sembilan.

Program ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 8 hingga 11 Disember 2019. Pada majlis tersebut juga telah diadakan agihan zakat kepada 100 asnaf.

Dalam titah ucapan Tengku Temenggong Kelantan memaklumkan tujuan penganjuran program Mesra Asnaf adalah bagi membolehkan pihak MAIK mengenalpasti keperluan -keperluan keluarga asnaf yang terlibat.

Titah baginda, dengan adanya konsep keluarga angkat ini pengumpulan maklumat keluarga asnaf dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.

“Selain itu, membolehkan para petugas program dapat menjalinkan hubungan silaturahim dengan keluarga asnaf masing-masing.

“Saya dimaklumkan bahawa beberapa modul telah di tetapkan urusetia mengikut bentuk pengajian dan kepakaran pada institusi pendidikan masing-masing seperti Keusahawanan, pertanian, pembelajaran dan keagamaan,” titah Baginda.

Program Mesra Asnaf ini turut disertai dengan beberapa modul pengisian menarik seperti program keibubapaan menerusi ceramah motivasi, nasihat dan mendengar permasalahab keluarga daripada ibu bapa keluarga yang terpilih.

Baginda berharap melalui program ini dapat para peserta program anak angkat dan masyarakat setempat dapat mengambil peluang mengadaptasikan pendidikan ilmu untuk mengenalpasti bagi membantu meringankan beban keluarga asnaf menjalani kehidupan seharian.

Titah baginda, program bersama remaja yang diadakan oleh urusetia juga bertujuan untuk mendekatkan diri dengan golongan remaja dan menyelami isi hati serta permasalahan mereka dalam bidang akademik dan kehidupan harian yang mencabar ini.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Azhar berkata, program perkampungan Mesra Asnaf anjuran MAIK dengan kerjasama Pusat Islam UMK ini merupakan langkah pertama yang bertujuan menyantuni keluarga asnaf serta mentransformasikan minda mereka agar mampu membawa keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan pada masa hadapan.

Katanya, penganjuran majlis ini adalah berkonsepkan program anak angkat pelajar UMK di perkampungan yang dikenal pasti dengan menerapkan aspek bimbingan akademik dan kerohanian kepada anak-anak masyarakat terutamanya golongan asnaf.

“Pada masa yang sama program ini berhasrat untuk memberi bimbingan penjanaan ekonomi keluarga menggunakan kaedah mudah dan menarik kepada golongan dewasa dan ketua keluarga terutamanya golongan asnaf MAIK melalui bengkel-bengkel yang akan dijalankan sepanjang program,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2019 12 10 at 1.14.37 PM

Web Traffic

0.png6.png1.png2.png6.png
Today146
Yesterday177
This week1320
This month1905
Total6126

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search