KOMUNITI

Komuniti

YAPEIM SERAH SUMBANGAN PROGRAM FOOD BANK

Majlis penyampaian sumbangan Food Bank YaPEIM itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Tuan Ahmad Marzuk Shaary dan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, semalam.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Ketua Jabatan Komuniti YaPEIM Negeri Kelantan, Encik Azman bin Zakaria.

Menurut Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, sumbangan ini adalah satu inisiatif cakna pihak YaPEIM dan UMK bagi membantu pelajar dalam menghadapi pandemik COVID19.

Terdahulu seramai 300 orang pelajar dari kalangan B40 telah menerima sumbangan Food Bank YaPEIM 1.0 dengan enam (6) kali agihan pada Februari 2020.

Sementara itu, majlis penyerahan sumbangan food bank YaPEIM kali ini diserahkan kepada 400 orang pelajar UMK yang berada di Kampus Kota dan Jeli.

Keberadaan pelajar UMK di kampus adalah bagi mengunakan kemudahan WIFI bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

yapeim2

Web Traffic

0.png6.png1.png2.png5.png
Today145
Yesterday177
This week1319
This month1904
Total6125

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search