KOMUNITI

Komuniti

UMK CADANG PERGIATKAN PAKEJ PELANCONGAN DOMESTIK

PENGKALAN CHEPA 26 September 2020, Kelantan perlu mempergiatkan pakej pelancongan domestik seperti konsep pelancongan berasaskan komuniti (community based tourism)  dalam usaha memartabatkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

Dekan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK),  Prof. Dr. Khairil Wahidin Awang berkata, usaha itu perlu diambil memandangkan negeri ini kaya dengan khazanah alam sekitar dan budaya warisan yang memberi keunikan kepada pelancong domestik mahupun antarabangsa.

“Kebimbangan isu penularan Covid 19, yang belum ditanggani sepenuhnya menyebabkan sektor pelancongan mengalami penyusutan jumlah kedatangan pelancongan antarabangsa yang amat ketara.

“Industri pelancongan antara sektor ekonomi yang amat terkesan  berikutan pandemik Covid 19 namun dengan langkah peralihan kepada sektor pelancongan domestik serta suntikan ekonomi fisikal kerajaan dan kelonggaran kepada rakyat untuk melakukan aktiviti di luar rumah melalui PKPP pada Jun 2020 lepas telah serba sedikit sebanyak membuahkan hasil.

pelancongan domestik4“Sehubungan itu pakej pelancongan domestik perlu diperbanyakkan dan dipergiatkan lagi,” katanya pada Program #BERSAMATOLONGKELANTAN dalam Memperkasa Pelancongan dan Ekonomi Negeri Kelantan anjuran Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) dengan Kerjasama FHPK,di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 26 September 2020.

Program julung kali diadakan itu telah disempurnakan oleh Tengku Laksamana Kelantan, YBM Tengku Abdul Halim Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim.Turut berangkat, Tengku Puan Laksamana Kelantan, YAM Dato’ Seri Diraja Sharifah Azwan Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Turut berlangsung ialah sesi dialog #BERSAMATOLONGKELANTAN antara YBM Tengku Laksamana Kelantan dengan 155 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta masyarakat bagi mendapat kesepakatan dalam meningkatkan lagi ekonomi negeri khususnya melalui sektor pelancongan.

Menurut Prof. Dr. Khairil Wahidin, pihak FHPK telah berbesar hati untuk bekerjasama dalam memartabatkan industri pelancongan di negeri ini dan melalui platform ini ianya membantu merapatkan hubungan diantara universiti, agensi kerajaan, pemain industri dan NGO untuk memajukan ekonomi setempat.

Katanya, dalam era pasca Covid 19 yang amat mencabar ini seharusnya kita bergembeleng usaha, berganding bahu, untuk bersama mencari idea, melaksanakan inisiatif bagi merancakkan semula sektor pelancongan negeri dan ekonomi negeri Kelantan.

Program itu turut mendapat sokongan artis tempatan, Zarul Umbrella serta kehadiran selebriti media sosial atau dikenali sebagai Instafamous dan Youtuber seperti Rhys William (Mat Salleh Cari Makan), Poyie Gasi, Piya, Que Yahya dan ramai lagi.

pelancongan domestik2pelancongan domestik3

 

 

 

Web Traffic

2.png7.png7.png6.png4.png2.png
Today256
Yesterday403
This week1635
This month8533
Total277642

Who Is Online

3
Online

2024-03-29

Search