KOMUNITI

Komuniti

200 KELUARGA TERJEJAS BANJIR TERIMA BANTUAN YAYASAN SUKARELAWAN SISWA

PASIR MAS 3 Disember I Seramai 200 keluarga dari daerah Pasir Mas dan Tanah Merah yang terjejas banjir menerima sumbangan menerusi Misi Bantuan Pasca Banjir Negeri Kelantan dari Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Misi bantuan anjuran YSS itu turut mendapat kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Himpunan-Siswazah Kelantan (HIMSAK) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah diadakan di Sekolah Menengah Ugama (A) Dinniah, Kampung Bongor Pasir Mas, pada 30 Disember 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif YSS, En. Muhammad Aiman Mohd. Zin, berkata, misi ini sebagai tanda keprihatinan KPT bagi menyantuni golongan terjejas dengan pandemik Covid 19 dan bencana banjir yang melanda.

Katanya, program ini juga bertujuan untuk menerapkan budaya sukarelawan di kalangan mahasiswa UMK yang cakna kepada komuniti yang kurang bernasib baik dan terkesan dengan musibah banjir.

“Misi ini akan membantu meringankan beban 200 keluarga sekitar Pasir Mas dan Tanah Merah yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini.

“Kerjasama ini dapat membantu golongan terjejas di dalam menghadapi situasi yang sukar pada ketika ini,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2021 01 03 at 4.10.36 PM

Web Traffic

2.png7.png7.png3.png7.png8.png
Today395
Yesterday405
This week1371
This month8269
Total277378

Who Is Online

1
Online

2024-03-28

Search