KOMUNITI

Komuniti

234 KELUARGA NELAYAN DAPAT MANFAAT PROGRAM MAKMAL JARINGAN SOSIAL (SNL) - INSPEK

LEBIH 234 keluarga di Perkampungan Baharu Nelayan di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, menerima manfaat daripada program pemetaan potensi komuniti untuk Makmal Jaringan Sosial (SNL) anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai usaha membantu komuniti setempat meningkatkan sumber pendapatan dan ekonomi menerusi pelaksanaan program pemindahan ilmu secara efisien serta tersusun.

Program anjuran bersama Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPEK) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 April 2017 dengan memberi tumpuan kepada elemen perkhidmatan untuk pengurusan kemiskinan.

Menurut Pengarah InsPEK, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail berkata, program itu adalah satu usaha pihak universiti bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara sesama penduduk kampung setempat melalui penglibatan staf dan mahasiswa UMK.

Beliau berkata, pendekatan InsPEK adalah dengan mengenalpasti potensi yang ada pada komuniti dan kita akan melakukan proses pemindahan ilmu maksudnya proses mengajar kepada komuniti dengan projek-projek yang sesuai dengan komuniti di sini.

“Pemilihan lokasi penempatan semula nelayan secara berkelompok itu adalah berdasarkan kepada jumlah peserta setempat yang berpendapatan kecil dimana mereka ini terdiri daripada keluarga nelayan di empat jajahan iaitu Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

“Melalui program ini, pihak kami membantu kelompok miskin dengan kaedah tersendiri dimana fungsinya berbeza dengan peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang lebih kepada membantu dengan memberi bantuan kewangan tetapi INSPEK mengenalpasti kebolehan komuniti untuk dibantu menerusi projek seperti pembangunan keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Pemetaan Potensi Komuniti Untuk Makmal Jaringan Sosial (SNL) oleh Penolong Naib Canselor ((Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti), Prof. Rosdi Abd. Rahman di Dewan Serbaguna Taman Perumahan Nelayan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, pada 5 April 2017.

Turut hadir, Penolong Pengarah LKIM Negeri Kelantan, En. Mohd. Azuwan Zahari dan Pegawai LKIM Daerah Kelantan Selatan, En. Zainal Abidin.

Seramai 35 pelajar UMK terlibat untuk program kajian dan penyelidikan SNL membabitkanseramai 243 ketua isi rumah.

Tambah Pof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal, program makmal jaringan sosial atau SNL merupakan reformasi dari kelemahan Makmal Sosial dengan menambah baik dengan memastikan elemen inklusiviti dipraktikkan iaitu melalui SNL akan menggalakkan kolaborasi, kerja sama, penyertaan dari semua pihak pemegang taruh.

Katanya, pendekatan SNL ialah menguruskan kemiskinan secara berfokus berasaskan aspek lokaliti dimana InsPeK mengenal pasti komuniti miskin yang berada di lokasi yang sama, melaksanakan pemetaan potensi, menghubungkan potensi dan kepakaran staf akademik UMK dan melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu dengan konsep berkerja bersama untuk mencapai pendayaupayaan ekonomi.

Sementara itu, Prof. Rosdi berkata, program SNL ini adalah titik tolak hubungan kerjasama keberadaan UMK di Kelantan yang hadir ke tempat ini untuk membawa manfaat kepada masyarakat setempat melalui program kebersamaan yang dapat menjelmakan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak.

Tambah beliau, keutamaan program diberikan kepada potensi komuniti melibatkan lebih 200 peserta dari kawasan Perkampungan Baharu Nelayan di Tok Bali ini.

“Para peserta yang terlibat akan mengenalpasti sesuatu bidang yang boleh menjana pendapatan kepada mereka seperti produk hiliran dan melalui impak program tersebut membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Sebelum ini, program-program yang sama seperti ini terdapat dikalangan peserta telah berjaya meningkatkan pendapatan bulanan sehingga mencecah RM5,000 sebulan dan telah berjaya mengembangkan perniagaan masing-masing,” katanya.

InspekPNelayan2Dalam pada itu, En Zainal Abidin, berkata, melalui kepakaran tenaga -tenaga akademik daripada UMK universiti yang begitu berkaliber dan berpengetahuan serta mahir dalam membuat kajian-kajian yang boleh memberi sumbangan idea kepada pihak kerajaan khususnya kepada LKIM untuk membangunkan aktiviti ekonomi komuniti nelayan.

Katanya, seramai 234 keluarga nelayan telah mendiami perumahan berkenaan dan melalui kerjasama dengan UMK untuk membangunkan projek hiliran seperti penternakan ikan air tawar dan sebagainya boleh membantu peningkatan pendapatan dan ekonomi masyarakat nelayan.

“Harapan LKIM, kerjasama ini tidak berakhir pada program ini sahaja kerana pelbagai program yang boleh dirancang bersama UMK untuk kita selaraskan dengan satu tujuan yang sama iaitu untuk memajukan nelayan,” katanya.

InspekPNelayan4InspekPNelayan1

Web Traffic

2.png8.png3.png4.png7.png4.png
Today189
Yesterday291
This week1825
This month5322
Total283474

Who Is Online

4
Online

2024-04-20

Search