KOMUNITI

Komuniti

PELAJAR PELBAGAI PENGAJIAN UMK MERIAHKAN MAJLIS MASAK ASYURA

BACHOK 30 September I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Islam berjaya mengagihkan 2500 pek bubur Asyura kepada staf, pelajar termasuk pengguna jalan raya di hadapan pintu utama UMK Bachok, pada 26 September 2019.

Agihan bubur asyura sempena program Mari Pakat Kacha Suro 2019 itu diketuai oleh Penyelaras Program, Ustaz Nor Zakwan Che Musa yang dikendalikan oleh Pusat Islam UMK dengan kerjasama Kelab Kebajikan Staf Universiti (KKSU), Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMK (PERTISA), Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta kesemua Pusat Tanggungjawab (PTj).

Menurut Ustaz Nor Zakwan, bubur asyura pada tahun ini dimasak sebanyak 11 kawah secara bergotong-royong menggunakan ramuan dan resepi istimewa seperti beras, santan, jagung, daging dan kerisik.

Katanya, proses menyediakan bubur asyura bermula seawal jam 8 pagi hingga ke petang.

“Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silturahim antara staf, pelajar dan masyarakat setempat sambil mengimarahkan kehadiran bulan Muharram,” katanya.

Tambahnya, majlis Pakat Kacha Suro turut melibatkan para pelajar daripada UMK Kampus Kota dan Bachok yang hadir bergotong-royong menyediakan ramuan yang telah disediakan pada malam sebelumnya.

“Program ini juga diadakan sebagai salah satu usaha mendekati masyarakat setempat , membina ukhwah dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain,” katanya.

Menariknya juga program ini menyerlahkan sikap ringan tulang para pelajar dari pelbagai program pengajian di UMK. Walaupun penat bersengkang mata memyediakan ramuan asas pada malam sebelumnya, mereka tidak ketinggalan memasak bubur asyura sepanjang hari sehinggalah kepada pengagihan bubur asyura kepada orang ramai pada sebelah petangnya.

Tahniah kepada Pusat Islam UMK kerana berjaya menganjurkan program yang baik ini.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

asyura

Web Traffic

2.png8.png3.png0.png9.png4.png
Today100
Yesterday273
This week1445
This month4942
Total283094

Who Is Online

1
Online

2024-04-19

Search