KOMUNITI

Komuniti

GAZA CAMP 2013: DUA PELAJAR PALESTIN TERIMA BIASISWA UMK

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) bercadang untuk memberi biasiswa kepada dua pelajar antarabangsa daripada Palestin untuk melanjutkan pengajian bagi mengikuti program pengajian prasiswazah pada kemasukan September 2014.

pelajar palestin terima biasiswa umk2Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi, berkata, perkara ini masih dalam perbincangan dan menjadi harapan pihak universiti untuk membawa pelajar daripada Palestin melanjutkan pengajian di UMK.

Justeru itu, pihak UMK amat mengalu-alukan kedatangan pelajar daripada Palestin bagi melanjutkan pengajian di UMK sama ada diperingkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.

“Ini adalah salah satu program penglibatan komuniti dan masyarakat di Gaza dan diharapkan Cakna Palestin dapat bekerjasama dengan program ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Gaza, Palestin yang diketuai wakil daripada Kementerian Pendidikan Gaza iaitu En. Ahmad Abu Ayesh An- Najjar, di Bilik Mesyuarat Keusahawanan Maybank, pada 7 Januari 2014.

Lawatan ini adalah hasil inisiatif oleh Cakna Palestin iaitu sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar telah menjalankan projek kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Gaza.

Delegasi itu terdiri daripada pelajar dan wakil kementerian pendidikan Gaza, Palestin telah menghadiri satu mesyuarat dan taklimat yang dipengerusikan sendiri oleh Prof. Dr. Roselina.

Turut hadir, Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, YBhg. Prof. Dr. Balakrishnan Parasuraman, Timbalan Presiden 1, Cakna Palestin, En Ausaini Bin Ibrahim dan En. Ruduan daripada Cakna Palestin Kota Bharu.

Sementara itu, Ybhg. Prof. Dr. Roselina, berkata objektif utama lawatan delegasi Gaza ini adalah untuk meneroka peluang-peluang pengajian di Malaysia termasuk UMK selain mendapatkan maklumat berkenaan bantuan dana kewangan yang diberikan kepada pelajar antarabangsa.

Tambah beliau, lawatan ini juga telah memberi gambaran kepada Universiti berkenaan isu semasa di Palestin terutamanya dalam bidang pendidikan.

“Hasil daripada mesyuarat tersebut, Universiti Malaysia Kelantan berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan salah sebuah univesiti di Palestin pada masa akan datang,” jelasnya.

Kerjasama ini diharap dapat mewujudkan sebuah offshore programme di Palestin disamping dapat membantu pelajar daripada Palestin yang ingin melanjutkan pengajian di UMK di negara mereka sendiri.

Web Traffic

0.png6.png1.png2.png5.png
Today145
Yesterday177
This week1319
This month1904
Total6125

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search