KOMUNITI

Komuniti

UMK PERUNTUKAN RM61,000 BANTUAN ZAKAT DAN INFAQ KEPADA STAF DAN PELAJAR

BACHOK 10 Mei I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Islam UMK (PIUMK) memperuntukan sebanyak RM61,600.00 untuk bantuan zakat dan infaq bagi membantu pelajar dan staf akibat penularan pendemik Covid-19 dan bagi persiapan menjelang Aidilfitri pada tahun ini.

Pendaftar UMK, Puan Mazula Sabudin, ini adalah inisiatif UMK dan PIUMK untuk membantu meringankan beban mereka menerusi sumbangan berbentuk penyampaian bantuan kewangan dan barangan dapur.

Katanya, program agihan bantuan zakat dan infaq kepada pelajar dan staf kategori asnaf di UMK bertujuan menyantuni pelajar dan staf dalam menyelusuri kesukaran hidup yang mereka alami.

“Untuk makluman, seramai 8,003 orang pelajar UMK merupakan kategori B40 dan daripada jumlah tersebut seramai hampir 2,000 pelajar dalam kategori fakir-miskin iaitu pelajar yang berpendapatan isi rumah di bawah RM1,000.

“Justeru, dua skim bantuan akan diagihkan kepada pelajar pada hari ini iaitu ‘Bantuan Infaq Makanan Pelajar’ dimana menerusi bantuan ini kos makan pelajar ditanggung melalui dana Infaq di bawah ‘Skim Infaq Potongan Gaji Bulanan Staf UMK’.

“Manakala bantuan kedua ialah ‘Tiket Balik Kampung’ bersesuaian dengan musim pelajar balik kampung bagi menyambut hari raya dimana bantuan ini menggunakan dana Waad zakat iaitu pulangan daripada bayaran zakat staf UMK,” katanya pada majlis penyerahan zakat dan infaq pengurusan universiti kepada staf dan pelajar di Bilik Seminar 2, Pejabat Pendaftar, UMK Bachok, Kelantan, pada 10 Mei 2021.

Turut hadir, Pengarah PIUMK, Prof. Madya Dr. Zain Mubarak.

Sementara itu, dua skim bantuan kepada staf berupa bantuan wang kepada seramai 119 staf kontrak pembersihan dan 47 staf sokongan berpendapatan terendah di UMK.

Menurut Puan Mazula, sumbangan ini menunjukkan keprihatinan dan kecaknaan Jawatankuasa Pengurusan Universiti kepada golongan memerlukan di UMK.

Beliau berkata, UMK melalui Pusat Islam sedaya upaya membantu pelajar dan staf dengan mengadakan pelbagai bentuk bantuan hasil daripada sumbangan infaq dan zakat staf-staf, Majlis Agama Islam Kelantan dan badan-badan korporat yang turut sama menyumbang bagi membantu staf dan pelajar asnaf di UMK.

“UMK berharap lebih ramai penyumbang-penyumbang menghulurkan sumbangan bagi membantu staf dan pelajar yang memerlukan.

“Selain memberi bantuan berbentuk material kepada pelajar, staf dan masyarakat, UMK juga sentiasa komited menyumbang ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Pelbagai program pembangunan asnaf telah disusun dan dijalankan bertujuan memajukan masyarakat terutamanya golongan asnaf dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

infaq

Web Traffic

2.png8.png5.png1.png9.png3.png
Today126
Yesterday402
This week1444
This month7041
Total285193

Who Is Online

1
Online

2024-04-26

Search