KOMUNITI

Komuniti

70 SUKARELAWAN UMK BANTU MANGSA BANJIR DI PAHANG

 

Temerloh I Seramai 70 sukarelawan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyertai Misi Bantuan Banjir UMK-MAYC Daerah Angkat KPT di Temerloh, Pahang.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, objektif utama misi kali ini adalah untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan berikutan bencana banjir di beberapa kawasan Pahang khususnya di Temerloh, Bentong dan Mentakab, baru-baru ini.

Katanya, selain itu program ini dapat mengesan pelajar UMK yang terjejas di kawasan sekitar yang dilanda bencana banjir.

"InshaAllah, melalui misi bantuan ini serba sedikit dapat meringankan beban dan menenangkan keadaan pelajar yang terjejas dengan kehadiran sukarelawan UMK.

"Selain itu, sumbangan wang tunai dan kotak makanan KPT - UMK Prihatin turut disumbangkan kepada enam pelajar pelajar terjejas banjir.

"Misi ini turut mendapat kerjasama anggota Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (SUKSIS), Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR), Pasukan Latihan Simpanan (Tentera Laut), Pasukan Briged Gayong Malaysia dan sukarelawan pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pelepasan (flag- off) Misi Bantuan Banjir UMK-MAYC Daerah Angkat KPT ke Pahang, di Pusat Hentian Rehat (RNR), Gua Musang, Kelantan, pada 30 Oktober 2021.

Turut hadir, Presiden MAYC, YB Mohd Syahbuddin Hashim merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UMK, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Saufi Che Rusuli dan Pegawai Belia dan Sukan Kanan, En. Mohd Ramdan Shafian.

Sementara itu, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Saufi berkata, misi bantuan bermula di dua lokasi iaitu di Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab dan Perumahan Makmur Karak Setia Idaman Lakeview, Bentong.

Beliau berkata, kumpulan pertama operasi pembersihan melibatkan kawasan perumahan di Bentong yang diketuai oleh En.Mohd Ramdan manakala pasukan kedua operasi pembersihan melibatkan kawasan sekitar perumahan Temerloh.

Misi hari ini juga turut disertai oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Dato’ Dr. Husaini Omar bersama pasukan dari KPT.

banjir 2

banjir 3

banjir 4

banjir 5

banjir 6

banjir 7

Web Traffic

2.png8.png3.png1.png0.png0.png
Today106
Yesterday273
This week1451
This month4948
Total283100

Who Is Online

2
Online

2024-04-19

Search