KOMUNITI

Komuniti

UMK SALUR SUMBANGAN LEBIH RM 10 JUTA BANTU PELAJAR ASNAF DAN B40

KOTA BHARU, 24 Jan : Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyalurkan sumbangan kebajikan bernilai lebih RM10 juta sepanjang tahun lepas kepada pelajar universiti itu dari golongan asnaf dan B40.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK Prof Dr Razli Che Razak berkata bantuan itu termasuk sumbangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan agensi terlibat seperti Yayasan

Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Agrobank dan Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR).

“Peruntukan itu merangkumi sumbangan dalam bentuk wang tunai, bantuan kotak makanan atau hamper, serta bantuan dalam bentuk peranti.

“Sumbangan ini bertujuan untuk melihat kebajikan pelajar UMK lebih terjaga dan terpelihara bagi memastikan kualiti kehidupan dan pembelajaran mereka dalam keadaan terbaik,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut memberi sumbangan bernilai RM45,930 kepada seramai 139 pelajar yang terkesan banjir di seluruh negara sehingga 14 Jan lepas.

Katanya, selain wang tunai, hamper dan peranti, UMK juga melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah pelajar yang dilanda bencana itu di kawasan berhampiran kampus.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUMK) 2021/2022 dan Penyerahan Bantuan kepada Pelajar Asnaf serta B40 UMK di Dewan Keusahawanan UMK

Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini.

Watikah kepada 27 ahli disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan hadir sama, Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor, Profesor Dr Nik Maheran Nik Muhammad.

Dalam pada itu, Razli berkata, seramai 139 pelajar UMK yang terkesan akibat bencana banjir di seluruh negara setakat 14 Januari lalu menerima bantuan berjumlah keseluruhan RM45,930.

1 2

3 2

Web Traffic

2.png8.png4.png2.png0.png4.png
Today167
Yesterday288
This week455
This month6052
Total284204

Who Is Online

2
Online

2024-04-23

Search