KOMUNITI

Komuniti

KARNIVAL KOMUNITI PERDANA KPT - UMK/JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, pihak universiti menyambut baik hasrat dan matlamat penganjuran program ini adalah untuk memastikan rakyat semua peringkat dapat memahami dan menghayati tentang Aspirasi Keluarga Malaysia dengan lebih jelas.

3

 

Beliau berkata, kerajaan komited dalam memenuhi kehendak serta keperluan rakyat dan mengetengahkan penglibatan Kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi dalam perancangan dan pencapaian Kerajaan.

“Pengisian program sehari ini ialah Kursus Keusahawanan, Demo Pembuatan Produk Ikan Lunak, taklimat oleh TEKUN Nasional, acara sukan, kenduri rakyat bersama komuniti dan pemeriksaan kesihatan oleh Pusat Kesihatan UMK.

“Seramai 200 pelajar termasuk barisan Majlis Perwakilan Pelajar UMK, pemimpin kelab dan persatuan pelajar berkampung selama dua hari di sekitar KRT Taman Tanjung Chat.

“Mereka bersama-sama berganding bahu sebagai simbolik kepada aspirasi  yang menjadi tunggak kepada konsep Keluarga Malaysia. Mereka bergotong-royong  ubah suai rumah bagi program Bantuan KPT-UMK Learning Space Make Over kepada enam buah rumah pelajar B40 di sekitar Kota Bharu UMK juga memperutukkan sumbangan  bantuan komputer riba kepada pelajar dan penyerahan bakul Food Bank Siswa kepada 38 pelajar B40 UMK.

6

“Para sukarelawan juga bergotong royong membaik pulih gelanggang bola tampar dan sepak takraw untuk kemudahan riadah kepada komuniti. Turut diadakan pertandingan Sukan Boocey, Bola Jaring dan Timbang Bola, Kenduri Rakyat Bersama Komuniti serta pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pusat Kesihatan UMK,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Komuniti Perdana KPT-UMK, yang disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YB Senator Tan Sri Haji Mohamad Fatmi Haji Che Salleh.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Bahagian Dasar dan Penyelidikan  Kementerian Pangajian Tinggi,  Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood, wakil masyarakat,Datuk Seri Rosmadi Ismail dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tanjung Chat, Tuan Haji Mohd Fauzi Mamat.

1

5

7

11

10

Web Traffic

2.png8.png3.png1.png3.png4.png
Today140
Yesterday273
This week1485
This month4982
Total283134

Who Is Online

3
Online

2024-04-19

Search