KOMUNITI

Komuniti

PUSAT ISLAM UMK ANJUR PROGRAM SEMINAR PROFESIONALISME WANITA MUDA

101122-07-02.jpg
Seminar itu menampilkan penceramah selebriti Dakwah, Ustazah Asmak binti Husin yang membicarakan tajuk ceramah Cinta Dan Cita-Cita.
Manakala Penolong Pengarah (Khidmat Nasihat) Bahagian Undang-Undang Keluarga,Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Ustazah Nasikah binti Ab Rahman menyampaikan ceramah bertajuk Mahasiswi High Class.

101122-07-03.jpg
Menurut Dr. Nur Farahiah, seminar itu adalah bertujuan memberi kan kesedaran tentang peranan wanita muda hari ini demi menjaga keharmonian, kelestarian keluarga dan ummah.
Katanya, program ini juga membincangkan isu dan cabaran semasa khususnya wanita daripada pelbagai displin seperti sahsiah, cinta, cita-cita dan kehidupan wanita Dan juga kehidupan di kampus universiti.
“Selain itu, program ini adalah platform terbaikmemandu perasaan cinta wanita agar selari dengan kehendak Islam Dan cinta paling agung kepada Allah SWT.
“Membina kefahaman yang benar terhadap kesejahteraan diri dan keluarga serta mendorong wanita muda meningkatkan keupayaan untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

101122-07-05.jpg

Web Traffic

2.png8.png5.png8.png3.png6.png
Today64
Yesterday323
This week2087
This month7684
Total285836

Who Is Online

2
Online

2024-04-28

Search