KOMUNITI

Komuniti

KHAIRUL AMING JADI SUMBER INSPIRASI USAHAWAN MUDA UMK, KONGSI KEJAYAAN SETAHUN JUAL SAMBAL NYET RAIH RM7.5 JUTA

Khairul Aming anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu pernah mencetus fenomena apabila produk Sambal Nyetnya terjual lebih daripada 1.3 juta botol dengan jumlah jualan melebihi RM17.5 juta.

Beliau yang merupakan Pencipta Kandungan Digital Kreatif di laman media sosial itu didatangkan khas oleh CEED dan UMKEI serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbandaran Usahawan Nasional Berhad (PUNB), bagi slot ceramah motivasi untuk program CDTP – Trailblazer Cup 2022.

161122-01-03.jpg

Beliau telah memberi sumber inspirasi dan peluang kepada usahawan pelajar menimba ilmu secara langsung daripada kisah perniagaan sambal nyet melalui platform media sosial.

Menurut Pengarah kanan UMKEI, Profesor Madya Dr. Mohd Nor Hakimin Yusoff berkata, seramai 40 peserta yang terdiri dari usahawan pelajar UMK menyertai program yang berlangsung selama tiga hari itu yang membawakan barisan trainer dan modul pengisian menarik bagi menyokong keperluan ekosistem startup usahawan pelajar.

Beliau berkata, program CDTP-Trailblazer Cup 2022 adalah selaras dengan manifestasi universiti dalam memperkukuhkan lagi agenda keusahawanan di peringkat fakulti (grassroots) dengan mempromosikan keusahawanan sebagai antara pilihan terbaik pelajar untuk menjana pendapatan dan memberi pendedahan dalam melahirkan lebih ramai startup berinovasi dan teknologi tinggi.

“Selain sokongan kewangan dari SSM dan PUNB, program itu turut mendapat kerjasama dari Ignite Venture Lab (IVL) dan Penyelaras Keusahawanan Fakulti yang merupakan tunjang kepada ekosistem keusahawanan di UMK” katanya.

161122-01-02.jpg

Dalam pada itu, Pengarah Centre for Entrepreneurship Education and Development (CEED), Dr. Mohd Safwan bin Ghazali berkata, CDTP-Trailblazer Cup 2022 dapat meningkatkan kesedaran kepada pengarah syarikat siswa tentang keperluan dan kepentingan menguruskan syarikat dengan baik mengikut kepada peraturan semasa, pembangunan Business Model Canvas, mengenal pasti model perniagaan, penyelesaian masalah dan tawaran nilai kepada produk yang sedang mereka bangunkan.

“Bukan sahaja modul dan trainer terbaik kita bawakan kali ini, penganjuran flagship program CEED Trailblazer Cup 2022 merupakan inisiatif kami dalam menyediakan pengalaman dan pendedahan kepada usahawan muda UMK bagaimana untuk ‘Pitch’ dengan baik serta proses ini diharap dapat mematangkan mereka dalam kemenjadian seorang usahawan.

“CEED yakin pengisian program ini dapat memberi inspirasi dan anjakan paradigma yang baharu kepada mereka untuk melihat dan menghasilkan produk atau idea perniagaan yang ‘out of the box’ dengan gabungan inovasi dan teknologi serta mampu memberi tawaran nilai yang tinggi kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berharap, pihak SSM dan PUNB serta pihak industri lain dapat bekerjasama dan terus menyokong penganjuran program ini di masa hadapan dengann skala yang lebih besar demi manfaat menjadikan Malaysia negara unggul keusahawanan.

Sementara itu, Mohamad Faheem Aqeel Bin Mad Fadzil dari Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) yang menjalankan perniagaan FD Feedmills itu diumumkan sebagai pemenang utama dengan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,500, sijil dan piala iringan.

Menurut Mohamad Faheem, Syarikat FD Feedmill161122-01-01.jpgs menjalankan perniagaan makanan haiwan ternakan seperti pellet ikan yang diperbuat daripada sumber pertanian yang terbuang seperti hampas kacang soya. Perniagaan ini telah meraih keuntungan sebanyak RM5000 pada tiga pada bulan pertama.

“Penggunaan hampas kacang soya yang terbuang dalam pembuatan pellet ikan adalah sebahagian daripada inovasi yang dilakukan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pellet komersial yang mahal,” katanya.

Manakala pemenang 1st runner up iaitu saudara Syed Muhammad Hafiz Bin Seeni Mohamed dari Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi yang menjalankan perniagaan Mee Sotong turut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, sijil dan piala iringan.

Bagi penerima 2nd runner up pula dimenangi oleh saudari Nor Jaidaa Jalilah Binti Nozi dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan dan telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM500, sijil dan piala iringan.

Manakala, tujuh pemenang saguhati bagi Trailblazer Cup 2022 juga telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300 dan sijil.

Web Traffic

2.png8.png5.png8.png5.png9.png
Today87
Yesterday323
This week2110
This month7707
Total285859

Who Is Online

1
Online

2024-04-28

Search