KOMUNITI

Komuniti

UMK MULA MISI BANTUAN BANJIR LIBATKAN SERAMAI 50 SUKARELAWAN


PASIR PUTEH 22 Disember 2022 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Pejabat Pendaftar UMK melaksanakan Program Sukarelawan Misi Bantuan Banjir 2022, dalam misi membersih rumah staf yang terjejas dan memberikan bantuan seperti barang keperluan asas serta air mineral.
Misi yang diketuai oleh Pendaftar UMK, En. Mohd Khairul Eruwan Abd. Halim itu berjalan lancar hari ini dengan bantuan 50 sukarelawan dari kalangan staf UMK yang bersama-sama bergotong-royong sejak awal pagi hingga 6.00 petang tadi.

020123-03-02.jpg
Turut hadir, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UMK, En. Mohd. Adzwan Kamaruzaman, Pengarah Keselamatan UMK, Encik Wan Salman Wan Salleh, Pengarah Creative Techno Park, Encik Mohd Aswawi Isa dan Ahli Jawantankuasa Tertinggi PERTISA.
Menurut En. Khairul Eruwan, UMK menggerakkan pasukan sukarelawan ke Pasir Puteh untuk bantuan misi bencana banjir melibatkan dua buah rumah pensyarah Fakulti Pelancongan, Hospitaliti dan Kesejahteraan (FHPK), Dr. Derweanna binti Bah Simpong dan Cik Raja Norliana Raja Omar.
Katanya, misi bantuan banjir ini diharap dapat membantu membersihkan kembali kediaman mangsa yang terkesan akibat banjir dan penyerahan sedikit sumbangan makanan asas khususnya kepada mangsa banjir dikalangan staf UMK.

020123-03-03.jpg
"Selain, membawa barang keperluan untuk mangsa banjir, kami turut membawa peralatan untuk kerja-kerja pembersihan bagi memastikan keadaan rumah kembali pulih seperti asal,” katanya.
Sementara itu, misi kedua akan bergerak pada Jumaat dan Sabtu ini bersama-sama sukarelawan Pelajar untuk menyantuni mangsa-mangsa yang terlibat dalam banjir di kediaman staf yang terkesan mengikut lokaliti masing-masing.

020123-03-04.jpg
Pendaftar turut menzahirkan penghargaan dan perasaan terharu atas semangat kesetiakawan dan komitmen para sukarelawan staf yang sudi memberi bantuan meskipun sibuk dengan tugasan kerja masing-masing.
Selain itu, sambutan daripada kalangan staf bagi penyertaan bantuan sukarelawan ini juga amat luarbiasa dengan penyertaan dari staf di ketiga kampus umk dan meskipun permohonan baru sahaja diaktifkan semalam, oleh pihak Pejabat Pendaftar telah mendapat respon dan maklum balas yang luar biasa.

020123-03-05.jpg
Sementara itu, Raja Norliana ketika ditemui masih trauma dengan kejadian yang berlaku di rumah yang didiami bersama ibu dan bapanya yang uzur.
Beliau berkata, banjir pada tahun ini paling terkesan selepas 22 tahun mendiami rumah tersebut tetapi beliau berserah dan redha dengan ketentuan ini untuk menerima ujian ini.
"Banjir pada tahun ini, kami sekeluarga tiada di rumah kerana kebetulan ibu saya menjalani pembedahan dan kami berada di HUSM Kubang Kerian dan hanya selepas lima hari baharu kami semua balik selepas banjir berlaku.

020123-03-06.jpg
"Situasi itu berlaku sekelip mata pada malam Isnin lalu selepas rumah yang didiami kedua orang tuannya itu dilimpahi air sungai berdekatan dalam masa singkat sahaja.
"Walaupun sedih melihat keadaan sebahagian rumahnya yang ditenggelami air tetapi dengan kehadiran sukarelawan UMK sedikit sebanyak dapat mengubati kesedihannya.
"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengurusan UMK, Naib Canselor UMK, Timbalan-Timbalan Naib Canselor UMK, Pendaftar persatuan-persatuan Dan UMK Vengers yang membantu kami hari ini," katanya.

020123-03-07.jpg

020123-03-08.jpg

020123-03-09.jpg

020123-03-10.jpg

020123-03-11.jpg

020123-03-12.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png0.png1.png5.png
Today243
Yesterday323
This week2266
This month7863
Total286015

Who Is Online

1
Online

2024-04-28

Search