KOMUNITI

Komuniti

87 PELATIH KOR SUKARELAWAN BADAN BERUNIFORM UMK SANTUNI PELAJAR SEK. MEN. KEB. RAJA SAKTI


KOTA BHARU 18 Januari 2023 | Kerjasama erat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu menangani masalah jenayah dan salah laku di kalangan remaja serta pelajar sekolah di negeri Kelantan amnya.

190123-01-04.jpg
Justeru, penganjuran Program Engagement Kor-Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS)/SISKOR/ SISPA/PALAPES Darat dan Laut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersama pelajar SMK Raja Sakti adalah platform terbaik bagi menyelesaikan isu dan perkara yang dihadapi oleh komuniti.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah berkata, UMK akan sentiasa menyokong dan mendokong program-program anjuran PDRM Kelantan khususnya program khidmat sosial bersama masyarakat.
Beliau berkata, kerjasama ini adalah untuk bersama-sama menggembleng tenaga menyelesaikan isu dan perkara khususnya berkaitan jenayah atau salah laku pelajar sekolah.

190123-01-05.jpg
“Kerjasama ini juga memberi keyakinan kepada para pelajar untuk menjadikan para pelatih dari pertubuhan dan badan beruniform ini sebagai aspirasi atau role model dalam menjayakan misi dan agenda program ini.

190123-01-02.jpg
“Kerjasama ini juga dapat memberi semangat dan merangsang minat para pelajar sekolah untuk membentuk displin dan sahsiah diri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada perasmian Program Engagement Kor-Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS)/SISKOR/ SISPA/PALAPES Darat dan Laut UMK yang disempurnakan oleh Ketua Polis Kelantan, YDH Dato’ Muhammad Zaki Hj Harun di Dewan Sakti Gemilang, SMK Raja Sakti, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Turut hadir, Pengetua SMK Raja Sakti, Datin Dyuhiza Anuar dan Pengerusi PIBG SMK Raja Sakti, En. Wan Hussin Wan Yussof.
Menurut Prof. Ts. Dr. Arham selaku Komandan Kor Suksis UMK, program pada hari ini melibatkan seramai 87 orang pelatih badan beruniform turun padang dalam menjayakan misi dan agenda program.

190123-01-06.jpg
“Platform ini adalah bermatlamatkan untuk menyelesaikan permasalahan sebenar dalam komuniti setempat dengan menghubungkait teori dan pratis serta memberikan peluang kepada komuniti untuk mengenali UMK.

190123-01-07.jpg
“InshaAllah, program ini akan diperluaskan ke sekolah-sekolah lain di seluruh Kelantan pada masa terdekat ini,” katanya.

 

190123-01-08.jpg

190123-01-09.jpg

190123-01-10.jpg

190123-01-11.jpg

190123-01-12.jpg

190123-01-13.jpg

190123-01-14.jpg

190123-01-15.jpg

 

 

 

Web Traffic

2.png8.png5.png8.png3.png3.png
Today61
Yesterday323
This week2084
This month7681
Total285833

Who Is Online

1
Online

2024-04-28

Search