KOMUNITI

Komuniti

MAJLIS MAKAN MALAM THE GOLDEN GALA NIGHT 2023 RAI 500 PEGAWAI KADET DAN JURULATIH BADAN BERUNIFORM UMK

BACHOK, 27 Jan 2023 I Pegawai Kadet Junior Ambilan 1/43 daripada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES Tentera Darat), diberi kepercayaan membuat persembahan pembuka tirai dengan mempamerkan aksi mendebarkan dalam operasi demontrasi menyelamatkan tebusan dari tawanan penjenayah sempena Majlis Makan Malam Badan Beruniform, di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, baru-baru ini.
Majlis Makan Malam bertemakan The Golden Gala Night itu telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Naib Canselor UMK merangkap Komandan Kor SISKOR UMK, YDH PKP (K) Prof. Dato' Dr. Razli bin Che Razak.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) merangkap Komandan Kor SISPA, PPj. Kehormat (PA) Prof. Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad bin Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) merangkap Komandan Kor SUKSIS, ACP/KS Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah.
Hadir sama, Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni merangkap Timbalan Penguasa Penjara SISKOR, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Saufi bin Che Rusuli dan Pengarah Pusat Kokurikulum En. Syarizal Abdul Rahim

260123-01-02.jpg
Lebih 500 Pegawai Kadet dan Jurulatih dari lapan badan beruniform hadir bagi meraikan kesemua Pegawai Kadet, pelatih-pelatih badan beruniform bersama jurulatih, pihak Pusat Kokurikulum dan Pegawai Kehormat Badan Beruniform yang telah banyak bekerja keras demi membangunkan dan mengurus badan beruniform di UMK.
Menurut, En. Syarizal, program ini julung kali diadakan untuk mengumpulkan kesemua badan beruniform di UMK dari PALAPES Darat, PALAPES Laut, Kor Sukarelawan Siswa-Siswi (SUKSIS), Sukarelawan Siswa/Siswi Koreksional (SISKOR), Kor Kor Siswa- Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Kelana Siswa, Pandu Puteri Klover dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang UMK.
Beliau berkata, program ini adalah platform untuk mereka menjalin hubungan sebelum pelatih menamatkan latihan apabila ditauliahkan oleh badan beruniform masing-masing.
“Majlis ini adalah untuk memastikan kerjasama dan hubungan baik di antara pegawai kadet, staf dan jurulatih yang sentiasa memastikan objektif utama dalam melahirkan pegawai kadet yang berdisiplin serta memupuk semangat dan jati diri di tahap yang terbaik.

260123-01-01.jpg
“Melalui penyertaan pelajar dalam unit beruniform seperti PALAPES dapat menjadikan siswa lebih matang ketika membuat sesuatu tugasan dan ia menjadi kebiasaan bagi mereka untuk menyelesaikan sesuatu kerja dalam keadaan yang tertekan,” katanya.

260123-01-05.jpg

260123-01-04.jpg

260123-01-06.jpg

 

 

 

Web Traffic

2.png8.png5.png7.png8.png0.png
Today8
Yesterday323
This week2031
This month7628
Total285780

Who Is Online

2
Online

2024-04-28

Search