KOMUNITI

Komuniti

UMK TERIMA LAWATAN PENANDA ARAS HEP UUM


BACHOK, 23 Februari 2023 I Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menerima Lawatan Balas Penanda Aras dari delegasi Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia (HEP UUM), di Bilik Mesyuarat Esekutif, Bangunan Canselori, UMK Bachok.

260223-06-04.jpg
Delegasi UUM di diketuai oleh En. Huzaidy bin Hj. Hussain telah di sambut oleh Pengarah Kanan HEPA UMK, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Saufi Bin Che Rusuli.
Menurut PM Ts. Dr. Saufi, kunjungan ini merupakan lawatan balas bagi mengadakan perbincangan dua hala dan perkongsian sistem operasi serta urus tadbir HEPA dalam pelbagai aspek termasuk pentadbiran, kewangan dan kebajikan pelajar.

260223-06-02.jpg
Katanya, menerusi perkongsian itu sedikit sebanyak dapat melonjak momentum prestasi amalan terbaik kedua-dua universiti dalam usaha pemerkasaan mahasiswa seperti saranan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
Pada perbincangan, pihak HEPA UMK dapat memanfaatkan pengalaman HEP UUM untuk mengadakan hubungan kerjasama dalam pelbagai aspek lain.

260223-06-06.jpg

260223-06-05.jpg

 

Web Traffic

2.png8.png5.png7.png9.png1.png
Today19
Yesterday323
This week2042
This month7639
Total285791

Who Is Online

1
Online

2024-04-28

Search