KOMUNITI

Komuniti

UMK TERIMA SUMBANGAN ZAKAT BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD BERJUMLAH RM65,569.00


BACHOK, 20 Mac 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menerima sumbangan Dana Zakat Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) berjumlah RM65,569.00 menerusi program kebajikan mahasiswa UMK.
Ketua Bahagian Shariah BBMB, Ustaz Mohd Izuwan Mahyudin telah menyempurnakan majlis penyampaian mock cheque pada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, yang mewakili Dato’ Naib Canselor UMK di Ruang American Corner, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK Bachok, Tangok, Kelantan.

230323-04-01.jpg
Turut hadir, Pengurus Serantau Pantai Timur BMMB, En Nik Mohd Hashim bin Abdul Hamid, Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Saufi Bin Che Rusuli dan pengurusan BBMB.
Menurut Prof. Dr. Mohammad, melalui sumbangan zakat ini lebih banyak program akan dilaksanakan bersama BMMB seperti program Latihan Industri, program perniagaan dan keusahawanan serta lain-lain.
Beliau berharap lebih banyak kolaborasi dan penglibatan BMMB bersama UMK dalam menyelami denyut nadi pelajar khususnya generasi pelapis yang kita harapkan bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.230323-04-03.jpg
“Seperti kita maklum, isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup di kalangan pelajar telah menarik perhatian semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Justeru itu, KPT telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk membantu kelangsungan pelajar kurang berkemampuan.
“Di UMK, terdapat dua kategori pelajar yang telah dikenalpasti untuk dibantu iaitu golongan B40 iaitu seramai 9,346 dan Asnaf seramai 2,556 orang pelajar.

 

230323-04-02.jpg
“Justeru, UMK mempelawa pihak industri termasuk industri perbankan untuk membantu golongan kurang berkemampuan yang telah dikenalpasti,” katanya.

Web Traffic

2.png8.png5.png8.png5.png6.png
Today84
Yesterday323
This week2107
This month7704
Total285856

Who Is Online

1
Online

2024-04-28

Search