KOMUNITI

Komuniti

1,000 PEK BUBUR LAMBUK DIAGIHKAN SEMPENA PROGRAM IMARAH RAMADAN PTPTN DAN UMK


BACHOK, 28 Mac 2023 I Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Islam UMK hari ini mengagihkan 1,000 pek bubur lambuk kepada pelajar, staf serta komuniti setempat, di Masjid Pusat Islam UMK, UMK Bachok, Kelantan.

100523-04-02.jpg
Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Puan Mastura Mohd Khalid dan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Arham Abdullah, Pendaftar UMK, En. Khairul Eruwan Abdul Halim dan Pengarah Pusat Islam UMK, Prof. Madya Dr. Mohd Zain Bin Mubarak.

100523-04-04.jpg
Penyediaan bubur lambuk ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan dilaksanakan secara gotong-royong bersempena Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) yang merupakan program menyedia dan mengagih bubur lambuk yang diadakan di IPT seluruh Malaysia.
Program IMRAN merupakan program tahunan PTPTN bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan ikatan ukhwah silaturahim antara PTPTN, pengurusan IPT, pemimpin pelajar, pelajar dan masyarakat setempat.

100523-04-03.jpg

100523-04-05.jpg

 

Web Traffic

2.png8.png5.png9.png6.png5.png
Today193
Yesterday323
This week2216
This month7813
Total285965

Who Is Online

3
Online

2024-04-28

Search