SUKAN

SUKAN

USIA 12 TAHUN BUKAN PENGHALANG SERTAI SUKAN LASAK UMK 4 x 4 GELAM CHALLENGE LITECORE

USIA 12 TAHUN BUKAN PENGHALANG SERTAI SUKAN LASAK UMK 4 x 4 GELAM CHALLENGE LITECORE

BACHOK 12 Mac│Ketika kanak-kanak lain yang seusianya ralit dengan gadget teknologi terkini, kanak-kanak pemilik nama Hasif Danial ini mempunyai minatnya yang tersendiri.

Beliau yang baru berusia 12 tahun berjaya mencuri perhatian ramai di pertandingan UMK 4 x 4 Gelam Challenge Litecore dengan merekodkan penyertaan termuda dalam acara permotoran sukan lasak pacuan empat roda (4WD) di Malaysia.

Biarpun keterbatasan fizikal namun adik Hasif mempunyai kekuatan mental yang tiada pada kanak-kanak seusianya. Hasif Danial berjaya mempamerkan kemahiran luar biasa setaraf peserta dewasa yang berjaya menamatkan acara lasak dan esktrem itu.

Beliau dari Team Erat 4x4 turut meraih anugerah khas kategori peserta termuda. Adik Hasif menjadikan bapanya sebagai ‘role model’ dan pendorong dalam meminati sukan permotoran lasak. Beliau jatuh cinta dengan sukan lasak ini sejak dari kecil lagi kerana bapa beliau yang juga seorang pengendali Team Erat 4 x 4 sering membawanya bersama apabila menyertai sukan ini.

“Ayah adalah pendorong utama saya selain ahli keluarga yang lain kerana saya selalu mengikut ayah apabila beliau menyertai aktiviti sukan lasak. Apabila saya memberitahu ayah saya akan mengikut jejak beliau, ayah tidak membantah. Bahkan emak juga tiada halangan. Kedua-dua mereka memberikan semangat. Saya sangat gembira," katanya.

Hasif mengambil masa selama 3 hari sahaja untuk berlatih sebelum menyertai pertandingan yang berlangsung di Creative Techno Park, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok, yang berlangsung selama dua hari pada 6 dan 7 Mac 2020.

Penyertaan ini merupakan penyertaan kali pertama beliau. Meskipun begitu beliau tidak gentar apatah lagi gerun untuk bersaing dengan peserta yang lebih dewasa dan berpengalaman.

"Pada mulanya memang saya kecut hati jugak tapi saya beritau diri saya menang bukan matlamat saya, yang penting saya dapat pengalaman dan menamatkan perlumbaan ini. Syukur, saya berjaya tamatkan,"katanya.

Harapan beliau untuk menyertai lebih banyak lagi sukan lasak pemotoran ini di masa hadapan dan dia bercita-cita sukan ini akan menjadi kerjaya sepenuh masa beliau nanti.

Menurut bapanya Encik Muhamad Taufiq, beliau tidak pernah memaksa anaknya itu untuk berjinak-jinak dengan sukan lasak 4 x 4 ini. Namun, anaknya sendiri yang memilih untuk menyertai sukan ini ketika usianya 9 tahun lagi.

“Hasif akan menjalani latihan sebanyak 12 kali dalam sebulan iaitu pada hujung minggu dan hari cuti persekolahan. Saya tidak mahu minat beliau ini akan menganggu tumpuan belajar Hasif. Kami sudah memberi ingatan kepada beliau. Sekolah masih penting,” katanya apabila ditanya mengenai pembahagian masa antara belajar dan latihannya itu..

Beliau berharap Hasif dapat membahagikan masa dengan baik antara sukan dan akademik dan menjadi seorang pelajar yang berjaya dan dapat meneruskan pembelajarannya hingga ke menara gading.

Oleh: Pusat Komunikasi Korporat.

12tahun2

12tahun3

Web Traffic

0.png6.png1.png2.png6.png
Today146
Yesterday177
This week1320
This month1905
Total6126

Who Is Online

1
Online

2021-04-11

Search