SUKAN

SUKAN

UMK LANCAR TREK LATIHAN PEMANDUAN 4 x 4 YANG PERTAMA SEUMPAMANYA DI KALANGAN UNIVERSITI AWAM

UMK LANCAR TREK LATIHAN PEMANDUAN 4 x 4 YANG PERTAMA SEUMPAMANYA DI KALANGAN UNIVERSITI AWAM

BACHOK 8 Mac I UMK 4 x 4 Gelam Challenge Litecore dengan merekodkan penyertaan diluar jangkaan dibuka dengan rasminya oleh Naib Canselornya Prof Dato' Dr. Ts Noor Azizi Ismail.

Beliau tidak menduga UMK 4 x 4 Gelam Challenge Litecore menerima sambutan luar biasa dengan 58 penyertaan Kelab 4x4 dari seluruh negara meskipun trek ini baru kali pertama diuji.

Katanya, UMK merasa bangga bukan kerana berjaya memiliki pusat latihan pemanduan 4x4 yang pertama seumpamanya di kalangan universiti awam Malaysia tetapi adalah menjadi hasrat UMK untuk menjadi sebuah institusi ilmu yang mesra masyarakat. "Penganjuran program sukan lasak ini adalah salah satu daripadanya dan kita merasa amat seronok kerana dengan sambutan yang diluar dugaan pada hari ini memberi petanda bahawa program ini mempunyai masa depan yang baik," ucap beliau di Majlis Pelancaran Trek Latihan Four Wheel Drive ( 4WD) UMK yang berlangsung di Creative Techno Park (CTP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok, Tangok, Kelantan, pada 6 dan 7 Mac 2020.

“Sayq dapat melihat komitmen dan kesungguhan peserta menamatkan cabaran sukan lasak dan ekstrem ini menunjukkan objektif program ini telah berjaya diadakan. UMK 4x4 Gelam Challenge menggabungkan beberapa ciri cabaran lasak iaitu peserta perlu menempuhi lapan cabaran trek trail hutan yang berbagai-bagai,” katanya.

Pusat pemanduan ini yang berkeluasan sekitar 30 ekar dinamakan sebagai Creative Techno Park (CTP) belum lengkap sepenuhnya dan pembangunan akan dilakukan secara berperingkat. Sungguhpun begitu, peminat sukan pemotoran lasak melihat UMK CTP adalah medan terbaik mereka sebagai pusat latihan dalam meningkatkan lagi kemahiran mereka berhubung pengendalian kenderaan lasak dan berkuasa tinggi.

Noor Azizi turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang dengan Pokko Thunder 4x4 mendapat juara, tempat kedua pasukan Yap Team Terbang dan tempat ketiga Team Zaidi Belantara.

Sementara itu, En. Mohd. Aswawi Isa, Penyelaras CTP memaklumkan pembangunan trek ini mendapat nasihat daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kemajuan Orang Asli.

“CTP akan menjadi platform para peminat sukan lasak mengasah kemahiran mereka sebelum mereka menyahut cabaran ke trek hutan dalam yang lebih mencabar," katanya.

“CTP akan turut juga menawarkan kursus pemanduan 4 x 4 kepada seluruh Universiti Awam dan jabatan kerajaan menggunakan kemudahan trek di sini dengan anggaran 40 peserta setiap bulan dengan kadar sewaan yang berpatutan,” katanya.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

4x4 2

Web Traffic

2.png8.png5.png2.png7.png6.png
Today209
Yesterday402
This week1527
This month7124
Total285276

Who Is Online

2
Online

2024-04-26

Search