SUKAN

SUKAN

UMK CATAT KEJAYAAN RAI 1 PERAK 3 GANGSA DI TEMASYA SUKIPT 2016

KONTINGEN Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sekadar mampu menyumbang satu pingat perak dan tiga gangsa pada kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi 2016 (SukIPT 2016) yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 25 Januari sehingga 5 Februari 2016.

Pingat perak itu diraih oleh Kalaikumar Vijaya melalui acara karate-do kategori Kumite-75 manakala tiga pingat gangsa diperoleh melalui acara pencak silat dan boling padang.

Pada acara pencak silat, Mohd Amir Muizz bin Shaharuddin memenangi pingat gangsa dalam Kategori Putra kelas I manakala bagi acara boling padang diperoleh melalui Muhammad Fahmi Mahsuri bagi kategori Men Single dan kategori Women Triple dibarisi oleh Nor Fatihah Nasmy, Wan Nur Kamaliah Wan Abdul Wahid dan Nor Ezzati Syahirah Sulham.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Alumni), YBhg. Prof. Abd. Aziz Ab. Latif, kontingen UMK telah menghantar 126 atlet untuk menyertai 12 acara sukan pada tahun ini iaitu Badminton, Bola Tampar, Karate-Do, Taekwondo, Basikal, Boling Padang, Skuasy, Ragbi 7’, Pencak Silat, Catur. Bola Jaring dan Ping Pong.

Katanya, sebagai persediaan kesemua atlet telah menjalani sesi latihan diadakan selama satu minggu bagi memberi penekanan kepada kemahiran, motivasi dan ketahanan mental sebelum ke kejohanan SukIPT.

“Sepanjang sesi latihan itu, beberapa perlawanan persahabatan telah diadakan sebagai persediaan menghadapi cabaran sukan tersebut,” katanya.

Prof. Abd. Aziz, berkata, kejohanan ini adalah sebagai salah satu platform dan medan bagi para pelajar untuk memupuk minat dan bakat untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Atlet yang diberi peluang membawa bendera UMK perlu menunjukkan displin yang tinggi merangkumi skop yang luas terutamanya displin dan kejohanan ini juga dapat membantu membentuk sahsiah diri pelajar,” katanya.

Dalam pada itu, Prof. Abdul Aziz berkata, atlit yang berjaya memenangi pingat sama ada emas, perak dan gangsa akan menerima imbuhan berbentuk wang tunai dan sijil penghargaan.

“Insha Allah, cadangan insentif itu telah dibawa ke peringkat pengurusan universiti dan ini berharap imbuhan yang belum ditentukan jumlahnya itu dapat memberi suntikan semangat kepada atlit untuk memberi kejayaan yang lebih cemerlang pada kejohanan atau pertandingan akan datang,” katanya.

Secara keseluruhan UMK telah menduduki tangga ke-57 senarai pungutan pingat daripada 76 IPT yang bertanding pada kejohanan yang membabitkan 25 acara sukan dengan penyertaan lebih 8,000 atlet daripada 117 kontinjen.

Sementara itu, Muhammad Fahmi Mahsuri, berkata, berpuas hati dengan pencapaian sulung dalam kejohanan SukIPT walaupun sekadar meraih pingat gangsa untuk acara boling padang walaupun kali pertama beraksi dalam kategori individu.

Katanya, kejayaan itu membuktikan kemampuan skuad boling padang UMK untuk menyahut cabaran dan memberi saingan kepada pasukan lain walaupun kekurangan kemudahan infrastruktur sukan.

“Namun, hasil latihan dibawah bimbingan jurulatih, En. Mohd Salam Deraman, saya berusaha untuk meraih kejayaan yang lebih baik walaupun menerima tekanan untuk memberi- kan persembahan yang baik,” katanya.

Web Traffic

2.png7.png7.png4.png8.png0.png
Today94
Yesterday403
This week1473
This month8371
Total277480

Who Is Online

2
Online

2024-03-29

Search