SUKAN

SUKAN

UMK MENANG ANUGERAH ATLET TERBAIK UNIVERSITI MASUM 2019

BACHOK 12 Februari 2022 I Atlet Silat dan Taekwondo dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memenangi Anugerah Atlet Terbaik Universiti pada Majlis Anugerah Sukan MASUM (ASM) anjuran UTeM dengan kerjasama Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), di Hotel Holiday Inn, Melaka, pada 10 Februari 2022.

Abdul Hafiz Kamadin, 25, pelajar Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) yang mewakili pasukan silat berjaya memenangi Anugerah Atlet Terbaik Universiti Lelaki.

Manakala, Ching Sin Yee, 25, pelajar Fakulti Sains Bumi (FSB) turut memenangi Anugerah Atlet Terbaik Universiti Wanita yang mewakili pasukan Taekwondo UMK.

Masing-masing membawa balik anugerah, piala dan sijil yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Dato' Seri Abdul Razak Jaafar.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Prof. Dr. Razli Che Razak, Pengarah Pusat Sukan UMK, En. Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib dan Pegawai Belia dan Sukan UMK, En. Mohd Ramdan Mohd Shafian.

Menurut En. Wan Ahmad Khairul, sepanjang penglibatan Abdul Hafiz beliau pernah memenangi pingat Perak pada Karnival Sukan MASUM Fasa 1 yang berlangsung di UMK.

Beliau juga pernah memenangi pingat gangsa bagi Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Edisi Ke – 8, 2017 dan pingat Gangsa bagi Karnival Sukan MASUM Fasa 1, tahun 2018.

Sementara itu, Chin Shing Yee, mencatatkan pencapaian terbaik dengan memenangi pingat emas pada Karnival Sukan MASUM UMK 2019.

Beliau juga pernah memenangi pingat gangsa bagi Kejohanan Taekwondo Jemputan MMU 2017 dan pingat Perak bagi Karnival Sukan MASUM Fasa 1,2018.

Majlis ASM 2019 telah membuka semula tirai kejohanan MASUM iaitu melibatkan atlet UA termasuk UMK untuk menyertai acara sukan pada tahun 2022 yang telah dijadualkan setelah dua tahun tidak dapat diadakan berikutan pandemik covid-19.

Web Traffic

2.png7.png7.png6.png8.png9.png
Today303
Yesterday403
This week1682
This month8580
Total277689

Who Is Online

3
Online

2024-03-29

Search