SUKAN

SUKAN

SINERGI UMK DAN MSN LONJAK PRESTASI PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI KELANTAN

BACHOK, 31 Mei 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN) bagi jalinan kerjasama dalam bidang berkaitan akademik dan sukan.

010623-02-01.jpg

Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak dan Pengarah MSN Kelantan, Encik Nik Razak Nik Hassan, di Bilik Seminar 1, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Kelantan. MoU turut disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kelantan, YB Haji Wan Roslan Wan Hamat.

010623-02-02.jpg

Prof. Dato’ Dr. Razli berkata, melalui kerjasama UMK dan MSN Kelantan ini, UMK akan menerima pelajar-pelajar dari rakan institusi untuk satu tempoh pengajian atau penyelidikan.

Beliau berkata, UMK juga akan menyediakan Pusat Latihan dan Pembelajaran Khusus kepada atlet-atlet sama ada pelapis negeri atau pemain negeri dalam pelbagai bidang sukan.“Kerjasama ini juga melibatkan penganjuran seminar, kursus jangka pendek dan simposium serta mesyuarat berkaitan melibatkan isu-isu yang khusus kepada pembangunan sukan dan sahsiah pelajar (atlet).

010623-02-03.jpg

“Allhamdullilah, ruang kerjasama dan sinergi ini bakal memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak terutamanya dalam pembangunan sahsiah dan kepakaran pelajar dalam menyumbang kepada Universiti, agensi khususnya dan masyarakat amnya selaras dengan matlamat dan dasar sukan negara,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Pendaftar UMK, Encik Khairul Eruwan Abdul Halim, Menjalankan Fungsi Pengarah Pusat Sukan, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Saufi Che Rusuli dan Timbalan Ketua Pegawai Belia Dan Sukan, Encik Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib.

010623-02-05.jpg

010623-02-06.jpg

010623-02-09.jpg

 

 

 

Web Traffic

2.png8.png4.png8.png9.png3.png
Today228
Yesterday347
This week1144
This month6741
Total284893

Who Is Online

2
Online

2024-04-25

Search